Modric Sempat Sindir Sipi Mbappe Ketika Bincang Hal Kontrak Sendiri

Luka Modric sempat menyindir sipi Kylian Mbapee ketika menjelaskan situasi kontrak dirinya bersama Real Madrid.

Tatkala kontrak menuju ke penamat pada musim panas ini, Mbappe sebelum ini hampir pasti meninggalkan Parc des Princess secara percuma.

Real Madrid adalah kelab pilihan utama dan destinasi hampir pasti untuk Mbappe. Malah terdapat laporan mengatakan bintang dari Perancis itu telah dibayar bonus tanpa syarat untuk beliau ke Santiago Bernabeu selepas ini.

Pemenang Piala Dunia berusia 23 tahun itu bagaimanapun mengejutkan dunia bola sepak apabila melakukan u-turn dan tiba-tiba mengumumkan akan kekal di PSG dengan kontrak lumayan beserta hak eksklusif persis pemilik kelab.

Seperti Mbappe, kontrak Modric juga akan tamat pada penghujung Jun akan datang. Ini bermakna perlawanan akhir Champions League menentang jaguh Inggeris, Liverpool akan menjadi perlawanan terakhir Modric bersama skuad Los Blancos.

Modric bagaimanapun berniat untuk terus kekal di Madrid, tetapi dengan tegas berkata beliau tidak akan mencuri sebarang idea daripada Mbappe.

“Saya belum menyambung kontrak bersama Real Madrid, tetapi saya tidak mahu seperti Mbappe,” kata bintang tengah Croatia itu.

“Saya juga berhadap kelab tidak melakukan perkara yang serupa kepada saya!

“Kami mempunyai hubungan yang baik. Saya telah berkata banyak kali akan menamatkan karier di sini.”

Beberapa tahun lalu Modric turut dilaporkan pernah menerima tawaran daripada Inter Milan. Tawaran daripada Inter dari pintu belakang itu tidak disenangi oleh Real Madrid.

Pemilik Inter Milan dilaporkan menawarkan sekali pakej persaraan mewah untuk Luka Modric jika pemain itu setuju menyertai Inter Milan.

Luka Modric akan menikmati gaji yang sangat tinggi di China sebelum bersara.

Florentino Perez menyatakan Luka Modric tak akan dijual kecuali Inter Milan sanggup membayar £668 juta dalam klausa perlepasan pemain tersebut.

Perez menganggap ia gentlemen agreement di antara Modric dan Real Madrid.

Luka Modric merupakan antara pemain penting membantu Real Madrid menjuarai UCL secara hatrik 3 musim berturut-turut. Beliau juga pemenang Bola Emas Rusia 2018.

Real Madrid jelas sekali enggan kehilangan pemain penting mereka ini selepas melepaskan Cristiano Ronaldo ke Juventus pada ketika itu.

Baca Juga

Baca Juga