Mohamed Salah Memiliki Bonus Tambahan Yang Sungguh Dasyat Dalam Kontraknya

Liverpool berjaya melindungi Mohamed Salah dari disambar kelab lain seperti Barcelona dengan menawarkan kontrak baru yang sungguh luar biasa lumayan.

Mohamed Salah pada minggu lalu telah menandatangani kontrak baru bersama Liverpool dengan beliau dilaporkan bakal menerima gaji yang sangat lumayan.

Lebih menarik lagi, seandainya beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dan mencapai tahap-tahap tertentu dalam kontraknya, Salah sebenarnya boleh membawa pulang pendapatan yang lebih dasyat lagi.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, gaji terbaru Mohamed Salah boleh mencecah £400,000 seminggu seandainya beliau berjaya mencapai tahap-tahap tertentu yang ada dalam kontraknya.

Kontrak baru beliau juga berjaya menjadikan Mohamed Salah sebagai penerima gaji tertinggi dalam sejarah Liverpool.

Beliau memintas Virgil Van Dijk yang ketika ini merupakan penerima gaji tertinggi kelab dengan bintang Belanda itu dibayar £220,000 seminggu.

Kontrak baru ini akan memastikan Salah bakal kekal bersama kelab sehingga 2026 dan dalam kontrak barunya juga terkandung bonus-bonus persembahan yang sungguh dasyat.

Memandangkan beliau sememangnya seorang pemain sayap yang klinikal dan tajam, sepertinya tiada masalah untuk Salah capai tahap-tahap tersebut, dan menerima bonus yang dasyat dari kelab.

Mohamed Salah setakat ini sudah berjaya menjaringkan 156 gol dari 254 perlawanan untuk Liverpool dengan beliau pada musim lalu turut berjaya memenangi anugerah kasut emas serta playmaker award.

Melihat kepada hal itu, jelas sekali ramai yang percaya tiada masalah untuk Mohamed Salah mencapai tahap tersebut.

Rekod jaringan bintang berusia 30 tahun itu sememangnya sungguh luar biasa dasyat dan kerana itulah banyak kelab-kelab besar di Eropah yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Walau bagaimanapun, kontrak terbaru Salah sepertinya sukar untuk mana-mana kelab lain memancing bintang Mesir itu.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, Barcelona dikatakan merupakan antara pasukan yang sedang memantau situasi kontrak Salah.

Memandangkan Barcelona pada ketika ini sedang bergelut dengan masalah kewangan, peluang untuk mereka menandatangani Mo Salah tanpa mengeluarkan apa-apa dana jelas sekali sangat sukar.

Penjaring Termuda Dalam Sejarah Liverpool Akan Tinggalkan Anfield Musim Panas Ini

Penjaring gol termuda dalam sejarah Liverpool, Ben Woodburn telah meninggalkan Anfield pada musim panas ini untuk menyertai Preston North End.

Beliau sudah menyertai Liverpool sejak usia tujuh tahun lagi dan jelas sekali The Reds merupakan kelab kesayangan bintang muda Wales itu.

Woodburn sebelum ini berjaya memecahkan rekod sebagai penjaring gol termuda Liverpool selepas memecahkan rekod milik Michael Owen yang meledak gol bertemu Leeds United ketika berusia 17 tahun.

Walau bagaimanapun, sejak dari awal beliau diserap masuk ke skuad utama, Ben Woodburn jelas sekali gagal untuk mendapat tempat dan sering diketepikan.

Beliau juga turut kerap dipinjamkan ke pasukan lain dan pada musim panas ini, Ben Woodburn dilepaskan menerusi perjanjian perpindahan tetap ke Preston North End.

Pemain kebangsaan Wales itu pernah beraksi untuk Sheffield United, Blackpool, Oxford United dan Hearts sebagai pemain pinjaman.

Kini, beliau akan terus meninggalkan Liverpool, seterusnya mengucapkan selamat tinggal kepada kelab kesayangannya itu.

Para pemain dari skuad utama Liverpool juga turut bersedih atas pemergian beliau dengan ramai dari mereka memberikan ucapan selamat menerusi komen di Instagram.

Hal itu jelas sekali membuktikan yang Ben Woodburn sebenarnya antara pemain yang sangat terkenal dan disenangi di Anfield walau beliau tidak mendapat minit permainan yang mencukupi.

Jordan Henderson dan Nat Philips antara antara bintang yang tampil mengucap selamat kepada bintang berusia 22 tahun.

Sementara itu, Trent Alexander Arnold, yang juga merupakan produk akademi Liverpool turut memberikan ucapan penuh beremosi untuk rakan seperjuangan beliau itu.

Woodburn mungkin akan sedikit kecewa untuk meninggalkan Liverpool, apa lagi memikirkan yang The Reds merupakan kelab paling lama beliau berkhidmat.

Walau bagaimanapun, Woodburn sebenarnya boleh berbangga kerana nama beliau masih kekal ada dalam lipatan sejarah kelab sebagai penjaring paling muda.

Bercakap tentang perjalanan kariernya di Anfield, Ben Woodburn mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu beliau sepanjang 16 tahun kariernya bersama Liverpool.

Kini, bersama Preston North End, Woodburn sangat berharap agar beliau akan mampu membuktikan dirinya berhak untuk tersenarai dalam skuad utama Wales.

Beliau berharap agar Rob Page akan melihat usahanya dan akan memanggil beliau untuk sertai skuad Piala Dunia negaranya.

Memandangkan Wales memiliki ramai pemain midfield berbakat, sepertinya agak sukar untuk Woodburn bersaing untuk mendapatkan tempat.

Walau bagaimanapun, seandainya beliau mampu mempamerkan aksi persembahan yang meyakinkan pada suku pertama dalam saingan Championship musim hadapan, tidak mustahil beliau bakal turut akan dipanggil sertai skuad kendalian Rob Page itu.

Selain Woodburn, rakan seperjuangan beliau, Nat Philips dan Neco Williams juga sepertinya akan turut sama meninggalkan Liverpool pada musim panas ini.

Phillips akan meninggalkan Liverpool untuk kembali beraksi bersama Bournemouth sebagai pemain pinjaman.

Neco Williams sementara itu berkemungkinan akan menyertai Nottingham Forest dengan yuran perpindahan bernilai £15 juta.

Sama seperti Woodburn, Williams juga sepertinya sangat berharap untuk dipanggil sertai skuad Wales ke pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Selain bintang-bintang muda tersebut, Liverpool juga turut kehilangan pemain senior seperti Sadio Mane, Takumi Minamino dan Divock Origi.

Ketiga-tiga pemain penyerang itu telah sah meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini dengan The Reds turut berjaya membawa masuk muka-muka baru yang berbakat besar.

Liverpool pada musim panas ini sudah berjaya melengkapkan perpindahan Darwin Nunez, Fabio Carvalho dan Calvin Ramsay.

The Reds sepertinya masih sedang dalam usaha mereka mencari pemain baru untuk ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Liverpool Mahu Urusan Perpindahan Nabil Fekir Diselesaikan Sebelum Piala Dunia Bermula