Sejak kebelakangan ini, kita kerap melihat penyerang Liverpool, Mohamed Salah melakukan aksi ‘dive’ untuk meraih simpati pengadil di dalam padang.
Sebelum ini, Salah berjaya memenangi penalti ketika menentang Newcastle dan Brighton dengan kedua-duanya berpunca daripada tindakan Salah yang mudah terjatuh dalam kotak penalti.
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi menentang Crystal Palace, Salah sekali lagi meneruskan lakonannya apabila cuba meraih simpati pengadil dengan jatuh dalam kotak penalti walaupun menerima sentuhan yang minimum.
Walau bagaimanapun, mujurlah pengadil perlawanan tidak termakan tipu helah Salah. Pengadil meneruskan perlawanan dan Salah bernasib baik kerana tidak menerima kad kuning daripada insiden tersebut.
Pemain berjersi No.11 itu bagaimanapun masih lagi mampu tersenyum selepas tamat perlawanan kerana berjaya menjaringkan 2 gol untuk membantu Liverpool menewaskan Crystal Palace di hadapan penyokong sendiri.
Namun demikian, kemenangan Liverpool sedikit tercemar dengan insiden ‘terjunan’ daripada Salah yang ingin meraih penalti. Peminat bola sepak menggunakan laman sosial untuk mengutuk tindakan Salah itu yang dianggap kotor dan menjijikkan.
Tambah memalukan, pengeluar game tersohor dunia EA Sports juga turut serta dalam ‘mengecam’ Salah apabila menambah ciri-ciri ‘diver’ pada Mohamed Salah dalam permainan FIFA 19. Penambahan tersebut dilakukan melalui satu update yang dikeluarkan FIFA 19 baru-baru ini.
Sebelum ini Salah sudah mempunyai ‘Beat Offside Trap’, ‘Finesse Shot’, ‘Speed Dribbler (CPU AI Only)’, ‘Chip Shot (CPU AI Only)’ dan ‘Backs Into Player’ dalam permainan tersebut.
Dengan penambahan ‘Diver’, Salah menyertai senarai pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Arjen Robben yang mempunyai sifat tersebut dalam permainan FIFA 19.
https://twitter.com/debrxyne/status/1086649866309251075
Mo Salah whenever he feels contact ?♂️ pic.twitter.com/qTqIUShdD7
— ODDSbible (@ODDSbible) January 19, 2019