Mourinho Akui Perebutan Gelaran Liga Mungkin Sudah Berakhir

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui perebutan gelaran Premier League musim ini mungkin sudah berakhir selepas kekalahan Manchester United kepada jiran mereka, Manchester City dalam Manchester Derby.

Manchester United yang merupakan harapan terakhir pasukan Premier League untuk mengejar dan mengurangkan mata Manchester City terkulai di tengah jalan. Sebelum ini Antonio Conte juga mengakui perebutan gelaran sudah berakhir bagi Chelsea.

Romelu Lukaku menjadi wira Machester City apabila membantu David Silva dan Nicolas Otamendi menjaringkan gol manakala kesilapan Fabian Delph pula menghadiah Manchester United gol penyamaan buat Manchester United.

David Silva membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-43 sebelum Rasford menyamakan kedudukan dua minit kemudian. Nicolas Otamendi kemudian menjaringkan gol kemenangan City pada minit ke-54.

Kemenangan ini juga mencerahkan lagi peluang City untuk bergelar juara yang kini selesa mendahului liga dengan 11 mata mengatasi United ditangga kedua dan Chelsea ditangga ke-3 dengan 14 mata. Maka leburlah rekod 40 perlawanan tanpa kalah di Old Trafford.

Mourinho juga mempercayai bahawa City dilindungi oleh tuah dalam perjalanan mereka untuk selesa berada di puncak liga, satu faktor yang diperlukan bagi membantu City menjulang Trofi.

Ketika ditanya oleh BBC Sport selepas perlawanan, adakah perebutan gelaran juara sudah berakhir? Dengan ringkas, padu dan padat Mourinho menjawab.

“Kemungkinan, Ya!” Ujar Mourinho sebelum menambah.

“Manchester City satu pasukan yang sangat bagus dan mereka dilindungi oleh nasib dan tuhan bola sepak kini berada di belakang mereka.”

“Aku pasti semua pemain berjuang untuk mendapatkan mata dan cuba mengurangkan jarak mata tetapi kelebihan mereka ada sangat bagus.”

Kedua-dua gol City hadir melalui kegagalan pemain Manchester United atau lebih tepat Lukaku untuk mengeluarkan bola ketika situsi bola mati dan anak buah Pep Guardiola jelas menguasai perlawanan.

Mungkin inilah lindungan tuah yang dimaksudkan oleh Mourinho kerana dalam perlawanan yang besar jarang untuk melihat pemain yang sama melakukan kesilapan yang sama tetapi membawa perbezaan jaringan. Macam Trivago.

Hotel yang sama, bilik yang sama. Tetapi, dua harga yang berbeza. Kenapa bayar lebih? Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago. Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web. Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik. Hotel? TriVaGo

“Dua gol yang teruk! Bukan apa yang kau harapkan bila bolos lagu tu. City mempunyai kualiti yang baik. Mereka menguasai bola sepanjang perlawanan tetapi kami mampu mengekang pergerakan mereka.”

“Kami lakukan yang terbaik untuk menang perlawanan ini? Benda ini bergantung kepada pandangan masing-masing. Mereka menguasai bola lebih banyak dan mengawal permainan kerana mereka banyak menguasai bola berbanding kami. Tapi aku fikir para pemain sudah berjuang berhabisan.”

Kuasa sebenar Pep dan batu ajaibnya yang Mourinho tidak tahu.

“Dalam perlawanan ini terjadi beberapa insiden dan sepakan penalti adalah insiden yang paling besar.”

Antara insiden yang menimbulkan ketidakpuasan hati Mourinho adalah apabila Ander Herrera dilayangkan kad kuning selepas menerima bentesan daripada Nicholas Otamendi dalam kotak penalti.

Kini Mourinho sudah mengakui perebutan mungkin sudah berakhir senada dengan Conte yang mengemudi Chelsea ditangga ketiga ketika ini, maka harapan beralih kepada Liverpool dan Arsenal yang masing-masing ketinggalan 16 dan 17 mata?

Conte Akui Perebutan Gelaran Sudah Berakhir

Pengurus Chelsea, Antonio Conte mengakui cabaran pasukannya untuk mempertahankan gelaran liga yang dimenangi mereka musim lepas sudah berakhir selepas Chelsea tewas 1-0 ditangan West Ham yang dipimpin pengurus baru, David Moyes.

Conte bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan dan memberitahu pasukannya sudah tidak berpeluang untuk mempertahankan gelaran juara liga selepas West Ham mengakibatkan kekalahan Chelsea yang ke-4 musim ini dalam 16 perlawanan.

Pemain antarabangsa Austria, Marko Arnautovic berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan seawal minit ke-6 dan Chelsea cuba bangkit dari ketinggalan tetapi anak buah Moyes kental bertahan sehingga tamat perlawanan bagi memberikan kemenangan kepada The Hammers dalam derbi London yang berlangsung di Stadium London.

Chelsea menguasai hampir keseluruhan perlawanan tetapi ketumpulan barisan hadapan mereka menjadi duri dalam daging ditambah pula taktikal Moyes yang meletakkan pemain tambahan di bahagian pertahanan untuk mengekalkan kelebihan mereka.

Conte angkat bendera putih, sukar untuk mengejar City

Keputusan ini menjadikan Chelsea ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City yang masih mempunyai kelebihan 1 perlawanan dan jurang tersebut mungkin bertambah besar andainya anak buah Pep Guardiola berjaya menewaskan Manchester United hujung minggu ini.

“Untuk bercakap mengenai perebutan takhta liga selepas mengalami kekalahan adalah sesuatu yang janggal. Ditambah pula ini adalah kekalahan kami yang ke-4 dari 16 perlawanan liga musim ini. Dalam keadaan ini, saya rasa mustahil kami berada dalam perebutan juara liga.”

“Ianya satu perkara yang mustahil. Mengikut pengalaman saya, jika kami mahu berada dalam senarai pasukan yang berpeluang memenangi liga, kami hanya boleh kalah 1 atau 2 perlawanan sahaja untuk separuh masa pertama musim.”

Conte juga tanpa ragu-ragu mengatakan punca utama Chelsea tewas dalam perlawanan tersebut adalah kerana permulaan buruk pasukan dan bahagian serangan yang gagal memanfaatkan peluang mereka.

“Punca utama kami tewas kepada West Ham adalah kerana pasukan saya bermula dengan buruk dan dibolosi gol pada awal perlawanan. Amat sukar untuk bangkit kembali. Saya ada menonton perlawanan Manchester City dimana mereka untuk keseluruhan perlawanan melakukan serangan bertali-arus ke arah pasukan yang hanya mahu bertahan.”

“Tetapi City berjaya meraih gol. Kami pula berjaya mencipta peluang tetapi gagal menterjemahkannya menjadi gol. Bercakap mengenai kekalahan ini, banyak pemain saya agak keletihan tetapi itu normal kerana kami bermain selepas beberapa hari.

Kami memulakan pra-musim dengan pemain yang sama, dan hampir semua pemain saya bermain perlawanan yang banyak, dan pada satu tahap kami harus menerima kesan daripada perkara ini.”

Baca Juga

Baca Juga