Mourinho Akui Tentang Luar Biasanya Sentuhan Pertama Lukaku

Romelu Lukaku prospek masa depan bola sepak dunia yang dijangka bakal menjadi antara penyerang terbaik dunia selepas cemerlang bersama Everton dan Belgium.

Namun kini kesuraman dan kemurungan menyelubungi prestasi Lukaku yang sepatutnya berada pada landasan terbaik dalam perjalanan menuju puncak prestasi.

Lukaku sekarang ini sangat tumpul dan jinak seperti mengalami masalah mati pucuk tidak seperti dulu.

Pemain kebangsaan Belgium itu hadir ke Old Trafford dengan reputasi yang gah dengan wang hantaran £75 juta.

Pada musim pertama Lukaku telah menjaringkan 27 gol dalam 51 perlawanan untuk Setan Merah walaupun agak bergelut dengan prestasi dan keyakinan.

Lukaku teruk dikritik dalam perlawanan ini dan susuk tubuhnya kini mula dibandingkan dengan Mark Henry seorang penggusti di WWE.

https://twitter.com/imoha79/status/1056171972298715137

Dalam kekalahan Setan Merah kepada Liverpool menyaksikan Lukaku teruk dibuli Virgil Van Dijk sepanjang 90 minit dan jarang-jarang mampu menyentuh bola.

Manchester Evening News telah meletakkan rating Lukaku sebanyak 1 je.

“Mungkin Alisson melakukan kesilapan kerana Lukaku melakukan sesuatu dengan bola tersebut. Namun Lukaku tewas hampir semua perebutan bola menentang Virgil Van Dijk dan bermain seperti seorang pemain amatur.1.”

Dalam bahasa mudahnya main cegampang.

Ketika ditanya mengenai prestasi Lukaku, Mourinho mengakui tentang kelemahan sentuhan pertama Lukaku namun sedaya-upaya mempertahankan pemainnya itu.

“Aku fikir Lukaku tak lah bermain teruk sangat.”

“Lukaku bekerja keras. Membuat pergerakan yang baik, membuat tetapan gol, memberi banyak masalah kepada Liverpool hari ini berbanding apa Lukaku beri musim lepas semasa seri 0-0.”

“Lukaku sangat hidup, mempunyai pergerakan yang baik dan interaksi yang baik.”

“Kadang kala sentuhan pertamanya bukanlah yang terbaik dan beliau kehilangan bola dari sentuhan pertama.”

Betul ke kadang-kala? First touch dah macam merembat.

“Hari segala tidak menjadi. Lukaku berusaha keras, aku rasa beliau makin meningkat bermain dengan sangat positif ketika menentang Fulham dan hari perlawanan sangat sukar.”

Baca Juga

Baca Juga