Mourinho Bakal Catat Rekod Dunia Jika Di Pecat

Jika menyingkirkan pengurus digelar The Special One, juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mampu mencatat rekod dunia – Mourinho adalah pengurus bolasepak termahal pernah dipecat di peringkat antarabangsa!

Memecat pengurus adalah kebiasaan buat Chelsea. Apabila skuad Stamford Bridge gagal menyerlah kempen EPL dan Liga Juara Juara seperti awal musim ini – jalan terbaik menyingkirkan pengurus.

Ketika debat pengendali Chelsea hangat diperkatakan timbul pula laporan terbaru mengatakan Roman Abramovich tiada masalah membayar harga tinggi untuk menyingkirkan Mourinho.

Skuad juara bertahan EPL itu tiada masalah membayar semula kontrak beberapa bekas pengurus di bawah Abramovich ditunjuk jalan keluar masa lalu.

Baca : Capello Dan Cruyff Hentam Mourinho

Bagaimanapun nilai itu tidak mampu menyaingi wang diterima oleh Mourinho sekiranya dipecat.

Akhbar Daily Star mendakwa Chelsea perlu membayar Mourinho sekurang kurangnya £37 juta pound (RM241 juta) untuk menamatkan kontrak serta merta.

Laporan menyebut Roman tidak ada masalah cuma kali ini pemilik kaya raya dari Russia itu perlu mengeluarkan wang lebih banyak berbanding pemecatan sebelum ini.

Claudio Ranieri (Tinkerman) mahu pun Avram Grant dianggap pengurus terburuk sejarah EPL oleh peminat bolasepak di England dan pemenang tiga kali Liga Juara Juara Carlo Ancelotti pernah melaluinya.

Baca Juga

Baca Juga