Mourinho Bidas Pihak Yang Hanya Melihat Statistik Untuk Menilai Persembahan United

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho membidas sesetengah pihak yang hanya menggunakan statistik untuk menilai persembahan Manchester United ketika pasukannya tewas 3-1 dalam derby Manchester awal pagi semalam.

Kekalahan ini bermakna United semakin jauh ditinggalkan The Citizens dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan perbezaan 12 mata. Jarak mata tersebut juga adalah sama dengan jarak United dengan penghuni tangga ke-18 liga, iaitu Cardiff City.

Sir Alex Ferguson juga hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan Setan Merah

Dalam derby Manchester pertama musim ini, perlawanan yang dianggap bakal berlangsung sengit berubah menjadi ‘one way trafik’. Prestasi baik United sejak kebelakangan ini tidak membawa sebarang makna apabila berhadapan dengan anak buah Pep Guardiola yang bersemangat untuk membalas dendam atas kekalahan di Etihad musim lalu.

The Citizens langsung tidak memberi ruang kepada Setan Merah dan berjaya menguasai perlawanan dari minit pertama sehingga tamat perlawanan. David Silva terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-12 menerusi David Silva yang menerima umpanan daripada Bernardo Silva.

Manchester City terus menguasai perlawanan tetapi bas United utuh bertahan sehingga tamat separuh masa pertama. Sergio Aguero akhirnya berjaya memecahkan tingkap bas apabila merembat kencang bola untuk gol kedua City, menewaskan David De Gea yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Mourinho memasukkan Sarjan Romelu Lukaku dan beliau hanya memerlukan masa 2 minit untuk memenangi sepakan penalti untuk United. Martial dengan penuh tenang berjaya menyempurnakan penalti tersebut untuk memberi harapan palsu kepada seluruh peminat Setan Merah seantero dunia.

Matic antara pemain yang bermain hambar

Ilkay Gundogan menamatkan sisa-sisa perjuangan United apabila menjaringkan gol ke-3 City pada lewat permainan untuk memastikan United pulang dengan tangan kosong.

Lebih memalukan, kekalah 3-1 di tangan anak buah Pep Guardiola menyebabkan Red Devils kini memiliki perbezaan gol negatif pada angka -1. Kemaluan United semakin besar kerana sepakan penalti Anthony Martial pada minit ke-58 merupakan satu-satunya percubaan tepat ke sasaran sepanjang 90 minit permainan.

Ketika bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Mourinho menempelak pihak yang hanya menggunakan statistik untuk menilai perlawanan tersebut. Selain itu, Mourinho turut memberi jaminan United tidak akan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris musim ini.

Gundogan mencari peminat Setan Merah yang telah bersembunyi di dalam gua

“Apabila kita menganalisa perlawanan hari ini, perbezaan antara saya dan orang di luar sana adalah orang hanya akan melihat pada statistik perlawanan.”

“Itu adalah cara orang yang tidak faham bola sepak menganalisa sesuatu perlawanan. Mereka menggunakan statistik.”

“Saya tidak melihat statistik. Saya hanya gunakan perasaan dan apa yang saya lihat dalam perlawanan tadi. Kami berada dalam perlawanan sehingga permainan memasuki minit ke-80.”

“Jadi saya menganggap persembahan pasukan saya tadi adalah persembahan yang mempunyai beberapa kesilapan. Ia berbeza dengan persembahan buruk. Satu adalah persembahan buruk dan satu lagi adalah persembahan yang mempunyai kesilapan.”

BACA:  Premier League 2019/20: Liverpool 2-0 Manchester United