Mourinho: Bristol City Menang Nasib

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memberitahu Bristol City amat bernasib baik kerana dapat menewaskan pasukannya, dan mendakwa terdapat beberapa pemain dalam skuadnya yang gagal beraksi dengan baik dalam perlawanan tersebut.

Dalam saingan suku akhir Piala Carabao yang berlangsung Stadium Ashton Gate, Bristol City berjaya melakar sejarah dengan menewaskan pasukan gergas Liga Perdana Inggeris, Manchester United dengan jaringan 2-1.

Korey Smith muncul wira pasukan selepas menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan untuk membawa pasukannya mara ke peringkat separuh akhir.

Menang nasib !

Kemenangan yang tidak dijangka itu berakhir dengan peminat Bristol City menyerbu masuk padang selepas wisel penamat dibunyikan untuk meraikan kejayaan mereka mara ke peringkat seterusnya. Lawan mereka seterusnya adalah pasukan yang masih lagi belum kalah musim ini dalam liga iaitu Manchester City.

Mourinho selepas tamat perlawanan, mengucapkan tahniah kepada Bristol City dan mengakui ia adalah hari yang indah buat sukan bolasepak untuk melihat kejutan sebegini berlaku. Walaubagaimanapun, Mourinho mendakwa pasukan lawan hanya menang nasib selepas melihat pasukannya membazirkan deretan peluang dan dua kali bola terkena tiang.

“Mereka agak bernasib baik. Tetapi mereka berjuang untuk mendapatkan nasib baik tersebut. Mereka memenangi perlawanan tersebut ketika kami sedang mendominasi perlawanan. Mereka menjaringkan gol disaat kami tidak mampu melakukan respon.”

“Jadi apa yang boleh saya katakan disini adalah mereka menang nasib. Ditambah pula pada separuh masa pertama percubaan kami  dua kali mengenai tiang.”

I am Zlatan! Pak Ibrahim menjaringkan gol tunggal Red Devils melalui sepakan percuma kencang

“Mereka bermain dengan cemerlang, bermain seperti ini adalah perlawanan terakhir dalam hidup mereka yang mana saya sendiri pon bersetuju. Hari ini adalah hari yang indah buat bolasepak kerana pasukan dari liga bawahan berjaya mencatatkan kemenangan. Untuk mara ke peringkat separuh akhir adalah pencapian yang bermakna kepada peminat Bristol City.”

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada mereka. Saya tidak mahu pihak media hanya menulis mengenai kemenangan nasib mereka sahaja. Perkara yang paling penting disini adalah mereka menang dan berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk meraih kemenangan tersebut.”

Mourinho adalah pengurus yang bertanggungjawab membimbing Manchester United meraih Piala Liga musim lepas dan hari ini selepas perlawanan, beliau mengkritik pemainnya kerana menganggap mampu memenangi perlawanan ini tanpa berusaha dengan keras. Beliau turut mendakwa terdapat beberapa pemain Manchester United seperti tidak mahu bermain dengan bersungguh-sungguh.

“Pada separuh masa pertama, kami tidak cukup intensiti. Apabila saya bercakap mengenai intensiti, ianya bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental. Untuk sebahagian pemain kami, mereka menganggap perlawanan ini mampu dimenangi dengan hanya bermain seperti biasa. Tetapi sebahagian dari mereka mengambil keputusan untuk bermain seperti tidak mahu bermain !”

BACA:  Liverpool Santai Ke Final Piala Carabao Walaupun Seri Di Craven Cottage