Mourinho :De Gea Penjaga Ketiga Terbaik Selepas Romero Dan Pereira

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho meletakkan David De Gea sebagai penjaga gol ketiga terbaik di Manchester United di belakang penjaga gol yang sentiasa memanaskan bangku simpanan Sergio Romero dan Joel Pereira.

Pengendali pasukan Syaitan Merah dari Portugal itu berada dalam semangat perjuangan harmoni selepas De Gea mempamerkan aksi luar biasa dan padu dengan penjimatan berganda-ganda ketika menentang Arsenal.

David De Gea telah menunjukkan prestasi menakjubkan lagi luar biasa sepanjang kariernya ketika Manchester United menewaskan Arsenal 3 gol berbalas satu. Tanpa De Gea sudah pasti keputusan berbeza.

Penjaga gol Sepanyol yang berusia 27 tahun telah menghasilkan aksi menyelamat yang menakjubkan dengan hadangan dan penyelamatan bola menggunakan kaki dan tangan sepanjang 90 minit.

Kehebatan De Gea membuatkan segelintir penyokong Arsenal menuduh De Gea menggunakan ilmu hitam, jin dan menanam tangkal di tiang gol.

Arsenal melakukan 33 percubaan dan sepatutnya boleh mencatat kemenangan atau sekurang-kurangnya seri. Namun De Gea menjadi penghalang.

De Gea melakukan 14 aksi menyelamat buat Manchester United sekaligus menyamai rekod yang dilakukan Tim Krull ketika Newcastle menewaskan Spurs pada November 2013.

Arsenal menguasai 75 peratus perlawanan, melakukan 33 percubaan, 15 percubaan tepat. Namun Arsenal lemah dan lembik. 14 Penjimatan hebat dari De Gea.

Mourinho yang kini berada dalam mood yang baik secara berseloroh telah mengatakan bahawa David De Gea bukanlah penjaga gol terbaik di Manchester United ketika ini.

“Penjaga gol aku semuanya penjaga terbaik dunia. Jadi De Gea kini hanya dikedudukan ketiga.” Ujar Mourinho dengan nada bergurau.

“Sergio Romero nombor satu dan Joel Pereira nombor dua dan De Gea ketiga terbaik.”

Mourinho bersama pengurus terbaik dunia ketika ini.

Mourinho memberi bayangan bahawa Sergio Romero bakal diturunkan di gawang dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Chmapions League, di mana Manchester United bakal turun menentang CSKA Moscow.

Untuk perlawanan menentang CSKA Moscow nampaknya Sergio Romero menjadi penjaga gol terbaik dunia di mata Mourinho dengan menjadi pilihan pertama dan Pereira akan terus dibangku simpanan di tempat sepatutnya beliau berada.

Amat wajar De Gea direhatkan untuk fokus kepada perlawanan Manchester Derby di Premier League pada penghujung minggu ini.

Baca Juga

Baca Juga