Pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah memberikan sebab dan alasan kau mainkan perasaan bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang kenapa penyerang mereka, Romelu Lukaku mengalami kemarau gol walaupun di musim tengkujuh.
Dalam perlawanan menentang Watford, Lukaku gagal menemui jaringan malah banyak membazirkan peluang sejajar dengan sifat semulajadi Syaitan Merah. Pemain berusia 24 tahun itu hanya menjaringkan satu gol dalam 11 perlawanan terakhir.
Mourinho sebagai pemimpin pasukan secara konsisten mempertahankan prestasi pemain yang bernilai £75 juta itu dikala kemarau gol melanda, Mourinho akhirnya memberi sebab kenapa Lukaku mengalami situasi ini dengan jawapan yang agak pelik.
“Aku fikirkan Lukaku perlukan kontrak penajaan yang besar untuk kasutnya.” Ujar Mourinho.
“Pada ketika ini, beliau tidak mempunyai kontrak dengan sebarang jenama, sebab itulah Lukaku memakai kasut berwarna hitam! Gurau je, jangan report pulak, Lukaku bermain dengan baik untuk pasukan.”
“Aku tak pernah salahkan beliau selepas melepaskan peluang mudah. Tak Pernah! Bak kata orang putih ‘Never!’ Beliau seorang yang profesional lagi hebat.”
Ketika ditanya adakah Lukaku akan mengikat kontrak bersama New Balance yang kini telah diambil tindakan undang-undang oleh Fellaini. Mourinho ketawa.
Ketika Mourinho menyaksikan situasi Lukaku yang kelakar, Mourinho juga kurang berminat gemar dengan pemainnya yang memberi peluang kepada Watford yang hampir melakukan kebangkitan.
“Kami patut menjaringkan 7 gol. Kami berbahaya sepanjang 90 minit. Kami berpeluang untuk menambah gol pada separuh masa pertama lagi dan terus membunuh perlawanan.”
Pada kedudukan 3-0 kami boleh mengawal permainan kerana 3-0 sudah lebih daripa cukup untuk menang tapi kami hilang fokus dan beri peluang kepada Watford untuk bangkit.”
“Dengan gol pertama Watford kami memberikan mereka peluang dan dalam tempoh beberapa minit kami meletakkan situasi kami dalam ketakutan dan tekanan bimbang kehilangan mata.”
Namun Lingard terus membunuh semangat kebangkita Watford dengan gol ke-4.