Mourinho Diaibkan, Tewas 6-1 Kepada Pasukan Bodo Dari Norway

Pengurus sensasi dalam dunia bola sepak, Jose Mourinho telah diaibkan apabila pasukan AS Roma telah dibelasah oleh pasukan yang berasal dari Norway yang bernama FK Bodo/Glimt.

Kekalahan 6-1 Jose Mourinho di Europa Conference League ini menyaksikan buat pertama kali Mourinho tewas dengan 6 gol dalam 1008 perlawanan sejak bergelar pengurus.

Roma bertandang ke Utara Norway untuk terus melebarkan rekod 100 peratus kemenangan merekan di kumpulan C selepas berjaya menewaskan PFC CSKA-Sofia dan Zorya
dalam dua perlawanan pertama.

Namun Roma telah dimalukan dengan begitu sekali oleh pasukan Bodo/Glimt yang entah wujud atau tidak dalam carian Google ketiak beraksi diatas padang rumput tiruan di Aspmyra Stadion.

Erik Botheim menjaringkan gol pembukaan pada minit kelapan dan usaha tidak kenal erti putus asa Patrick Berg menjadikan tuan rumah dua gol dihadapan dalam masa 20 minit permainan.

Carles Perez mengurangkan separuh defisit sejurus sebelum berlalu setengah jam permainan tetapi dan mengekalkan kedudukan itu sehingga tamat separuh masa pertama.

Percaturan Jose Mourinho melakukan tiga pertukaran serentak usai permainan bersambung Eldor Shorurodov, Bryan Cristante dan Henrikh Mkhitaryan yang dimasukkan nyata tidak membuahkan hasil dan memberi impak.

Malahan lebih teruk apabila Erik Botheim menjaringkan gol ketiga Bodo/Glimt pada minit ke-52.

Dua lagi pertukaran dilakukan Jose Mourinho pada minit ke-60 menjadikan lima petukaran dalam masa 15 minit dengan memasukkan Lorenzo Pellegrini dan pemain kesayangannya ketika ini Tammy Abraham yang bakal menjadi musuh dalam semusim dua nanti.

Tiada impak langsung dari pertukaran yang dilakukan Jose Mourinho apabila Bodo terus menjarakkan kedudukan dengan menjaringkan tiga gol dalam tempoh 9 minit.

Ola Solbakken menjadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-71 dan Amahl Pellegrino menjaringkan gol kelima pada minit ke-78 sebelum Ola Solbakken menjaringkan gol kedua peribadi untuk kemenangan 6-1.

Sepanjang 90 minit perlawanan Roma hanya berjaya melakukan dua sahaja percubaan tepat dengan menghasilkan satu gol dan kedua-dua percubaan tepat ini hadir pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua dengan lima pertukaran pemain dalam tempoh 15 minit dengan 51 peratus penguasaan bola tiada satu pun percubaan tepat mampu dihasilkan.

Bodo/Glimt menampilkan ketajaman yang luar biasa dengan penguasaan bola seimbang namun menghadirkan 7 percubaan tepat dengan 6 gol terhasil.

Mungkin faktor bermain di padang tiruan menjadi punca kekalahan namun takkan la sampai kena 6 biji dan tak mampu melawan langsung?

Antara fakta dan Statistik menarik yang direkodkan dalam perlawanan Roma menentang Bodo/Glimt:

1. Ini merupakan buat pertama kali dalam sejarah kelab Bodo/Glimt menjaringkan 4+ menentang kelab Itali dalam kejohanan Eropah. Rekod terdahulu adalah pada musim 1994/95 di Cup Winners’ Cup (Piala Pemenang Piala), Bodo/Glimt menang 3-2 ke atas Samdoria.

2. Bodo/Glimt menjadi kelab Norway pertama menang ke atas kelab Itali dalam kejohanan Eropah sejak Disember 1996. Kali terakhir adalah ketika Rosenberg menewaskan AC Milan di Champions League.

3. Ini merupakan buat pertama kali Roma tewas dengan perbezaan lima gol kali terakhir Januari 2019 tewas kepada Fiorentina di Coppa Italia dan dipertandingan Eropah buat pertama kali sejak November 2015 tewas 6-1 kepada Barcelona di Champions League.

4. Bodo/Glimt menjaringkan gol pertama ke atas Roma adalah melalui percubaan tepat pertama mereka dalam perlawanan ini.

Selepas perlawanan Mourinho mengkritik pemain sendiri tetapi memuji dan mendakwa bahawa pasukan bodo mempunyai kualiti lebih baik dari pasukannya.

Jose Mourinho mengakui beliau bertanggungjawab untuk kekalahan ini kerana memberi peluang kepada pemain lain dengan merehatkan ramai pemain utama yang nyata memakan diri.

“Bodo/Glimt lebih berkualiti dari kami, sekurang-kurangnya malam ni je situasi ini macam tu.”

“Kesebelasan utama lawan lebih berkualiti berbanding kesebelasan utama dan pemain yang aku masukkan sejak minit pertama.”

“Jadi kau dah boleh berenti tanya kenapa aku memainkan pemain yang sama.”

Jose Mourinho sebelum ini telah dikaitkan dengan tawaran sebagai pengurus Newcastle United selepas pemecatan Steve Bruce dan Mourinho berkata beliau tidak berminat dan mahu fokus kepada perlawanan menentang Bodo ini.

Walaupun dah fokus Mourinho masih kena belasah 6-1.

BACA:  Mourinho Dakwa Dirinya 'Salah Seorang Pengurus Terbaik Dunia'