Mourinho Digantung Satu Perlawanan Dan Didenda 50,000 pound (AS$77,232)

LONDON: Pengurus Chelsea, Jose Mourinho dikenakan hukuman larangan satu perlawanan dan denda 50,000 pound (AS$77,232) oleh Persatuan Bola Sepak England kerana salah laku ketika perlawanan menentang Southampton.

Mourinho didakwa menuduh pegawai perlawanan sebagai ‘penakut’ untuk memberikan skuadnya sepakan penalti selepas Chelsea tewas 3-1 kepada Southampton di Stamford Bridge pada 3 Oktober lalu.

Pengurus itu berang selepas sepakan penalti tidak diberikan apabila pemain tengah Radamel Falcao dijatuhkan oleh penjaga gol Southampton, Maarten Stekelenburg.

“Jose Mourinho digantung satu perlawanan dan denda 50,000 pound selepas mengakui melanggar peraturan FA dengan memberikan komen kepada media selepas perlawanan,” kata FA England dalam satu kenyataan.

Namun FA England mengesahkan hari ini bahawa Mourinho mengakui melanggar peraturan serta menerima hukuman dan denda itu. Sehubungan itu, FA England memberikan amaran pengurus dari Portugal itu bakal menerima hukuman selanjutnya jika tidak berkelakuan baik sepanjang 12 bulan ini. – AFP

Baca Juga

Baca Juga