Mourinho Disondol Daniel James

Pemain harapan Manchester United yang merupakan pasukan teragung dalam peradaban bola sepak dunia, Daniel James telah mengalu-alukan kedatangan bekas pengurus Setan Merah, Jose Mourinho dengan satu sondolan ke lutut.

Jose Mourinho kembali ke Old Trafford kali ini sebagai pengurus Tottenham Hotspurs dan Mourinho tidak mengharapkan sambutan yang mesra kerana sedar beliau hadir sebagai lawan kali ini.

Pada minit ke-13 James telah mengejar bola dari keluar dan sempat menyepak bola kembali ke padang sebelum bertembung dengan Harry Winks yang datang melakukan terjahan.

Daniel James telah terpelanting dan menyondol kepala lutut Jose Mourinho dengan kepalanya sebelum tergolek berdekatan bangku simpanan.

Mourinho dilihat telah menggosok lututnya bagi menghilangkan kesakitan dan agak terkejut dengan insiden itu.

Skuad bimbingan Mourinho tewas kepada Setan Merah dengan jaringan 2-1 hasil jaringan Marcus Rashford.

Daniel James memperkenalkan dirinya kepada dunia bola sepak dalam cara yang terbaik apabila menjaringkan gol solo ketika Swansea mencatatkan kemenangan ke atas Brentford dalam saingan Piala FA di musim 2018/19.

Pemain berusia 21 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Leeds United pada jendela perpindahan Januari lalu tetapi mengambil keputusan untuk terus kekal di Swansea hingga tamat musim dan menyertai Manchester United.

James hampir menyertai Leeds United secara pinjaman pada Januari lalu dengan pilihan untuk perpindahan tetap. Walau bagaimanapun, Swansea menarik balik perjanjian tersebut pada saat akhir atas sebab-sebab tertentu.

Daniels mencuri perhatian umum apabila menjaringkan gol ke-2 Swansea pada minit ke-53 dengan melakukan larian solo dari bawah. Larian Daniels sangat laju sehingga tiada pemain Brentford mampu mengejarnya.

Anda nilaikan sendiri gol Daniels. Laju kan ? Lagi laju dari Kylian Mbappe ? Tercungap-cungap pemain Brentford nak mengejar beliau.

Pengulas sukan di BT Sports membandingkan kelajuan Daniels sama dengan Mbappe dan ramai peminat yang bersetuju dengan pendapat tersebut.

Baca Juga

Baca Juga