Mourinho: Duit Adalah Segala-Galanya

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memberi amaran Manchester United semakin jauh ditinggalkan pasukan besar lain kerana duit adalah segala-galanya dalam bolasepak hari ini.

Mourinho berkata United sedang mengalami kesukaran untuk bersaing dengan pasukan kaya seperti Paris Saint-Germain dan Manchester City kerana mereka tidak mampu menandingi kuasa beli yang dimiliki kelab ini.

Dua pemain termahal United sepanjang zaman

Musim panas lalu menyaksika dunia bolasepak dikejutkan dengan perpindahan rekod dunia Neymar berjumlah £198 juta yang berpindah dari Barcelona ke PSG. Mereka tidak berhenti disitu sahaja kerana turut mendapatkan seorang lagi bintang muda sensasi iaitu Kylian Mbappe yang dianggarkan bernilai £160 juta.

Manakala di Manchester City, Pep Guardiola telah mendapatkan hampir 16 orang pemain sejak mengambil alih jawatan pengurus pada musim panas 2016. Hari ini, Guardiola telah berjaya menjadikan pasukan Manchester City bermain dengan corak permainan yang diingininya dan turut diangkat sebagai salah satu pasukan pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara musim ini.

Mourinho juga apa kurangnya. Beliau telah menerima sokongan padu dari pihak atasan United dalam pasaran perpindahan pemain sejak mengambil alih jawatan pengurus dari Louis Van Gaal. Antara pembelian besar yang dilakukannya adalah Paul Pogba (£93.25 juta) dan Romelu Lukaku (£75 juta) disamping pemain lain seperti Victor Lindelof, Nemanja Matic dan Eric Bailly.

Klopp akhirnya menyedari memeluk pemain sahaja tidak akan membuatkan Liverpool memenangi piala

Hampir semua pemain yang dibawa masuk Mourinho ke Old Trafford bernilai tinggi. Mourinho dalam sidang media menjelang pertemuan menentang Southampton hujung minggu ini berkata beliau akan cuba mendapatkan 2-3 orang pemain musim hadapan untuk terus bersaing dengan kelab kaya yang lain.

“Sukar untuk kami bersaing dengan kelab kaya yang lain untuk mendapatkan pemain terbaik tetapi masih lagi ada sedikit peluang. Kadangkala, jika kelab anda tidak mempunyai duit yang tidak pernah habis dan anda sedang mencari pemain terbaik, hanya ada satu jalan untuk mendapatkan pemain tersebut iaitu anda harus kekal sabar, tenang dan memilih waktu yang tepat.”

“Saya rasa musim depan kami akan cuba mendapatkan 2 atau 3 orang pemain. Tetapi kami akan melepaskan 2 atau 3 orang pemain. Kami tidak akan melakukan perubahan yang drastik atau penambahbaikan yang mengejut.”

Pembelian termahal Liverpool sepanjang zaman

“Apabila Jurgen Klopp tiba di Liverpool, beliau percaya dengan kualiti pemain yang ada dan kualitinya sebagai jurulatih. Tetapi saya rasa sekarang beliau sudah sedar itu sahaja tidak cukup untuk bergelar juara liga dan memenangi Liga Juara-Juara atau memenangi piala yang lain.”

“Anda boleh lihat  Liverpool bakal mendapatkan Naby Keita yang mana mereka sudah beli musim panas lalu. Kini mereka berjaya mendapatkan Virgil van Dijk . Mereka sudah sedar mereka perlu membelanjakan wang yang banyak sama seperti kelab lain dalam pasaran perpindahan pemain yang gila.”

“Jika Liverpool hanya menawarkan £40 juta untuk Virgil van Dijk, tentu sekali Southampton akan menolaknya. Ada kelab berbelanja dengan limit, tetapi terdapat sesetengah kelab terus menunjukkan kekuatan mereka dalam pasaran pemain.”

Antara pemain terbaik dunia ketika ini menurut Mourinho

“Apa yang PSG lakukan musim panas lalu adalah mereka mendapatkan Neymar dan Mbappe, dua daripada 4 pemain serangan terbaik dunia ketika ini. Dua dalam masa yang sama!”

“Dan pemain seperti Angel Di Maria, Lucas Moura, Julian Draxler dan Javier Pastore. Mereka ini hanyalah pilihan kedua. Jika dilihat disini, duit adalah segala-galanya.”

Untuk rekod, sejak mengambil alih jawatan pengurus di Manchester United, Mourinho telah membawa masuk 7 orang pemain dengan jumlah perpindahan bernilai £319.05 juta, ditambah dengan Zlatan Ibrahimovic yang masuk secara percuma.

Pep Guardiola pula membelanjakan £391.35 juta sejak menjadi pengurus Manchester City, satu jumlah yang hampir sama dengan apa yang dibelanjakan Mourinho.

BACA:  Zlatan Tidak Berminat Untuk Kembali Bermain Di Eropah Secara Pinjaman Januari Nanti