Mourinho Hampakan Hati Peminat Untuk Berselfie

Pengurus Tottenham Hotspur telah menghampakan hati peminat SpurS untuk berselfie bersama beliau kerana setiap manusia itu tidak sempurna. Ke berwefie?

Jose Mourinho tidak perlu dipertikaikan lagi sebagai salah seorang pengurus bola sepak terbaik di dunia yang pernah wujud.

Kehebatan itu disusuli dengan 25 penghormatan diterima sebagai pengurus termasuklah dua Champions League, tiga gelaran Premier League.

Ketika Mourinho keluar daripada terowong menuju ke padang seorang penyokong telah memanggil Mourinho untuk berselfie sebelum perlawanan.

Selaku pengurus yang budiman, Mourinho tiada masalah untuk memenuhi permintaan peminat itu tanpa rasa melekit.

Kerana peminat itu berada di atas Mourinho dengan yakinnya mengambil telefon pintar peminat untuk berselfie.

Mourinho dilihat sangat bergelut untuk berselfie bagi mencari sudut terbaik.

Ketika Mourinho seperti sudah mendapat rentak dan memegang telefon dengan selesa barulah beliau sedara peminat itu berada di atas.

Dari sudut itu sukar untuk mereka berdua masuk dalam frame kamera dan berselfie.

Korang tengok sendiri la video peminat yang malang. Ok la ada video sekurang-kurangnya. Viral pula tu.

Walaupun sehebat mana Mourinho dalam dalam bidang bola sepak, Mourinho masih mempunya kekurangan bagi perkara yang mudah bagi kebanyakkan orang.

Mourinho dilihat sangat bergelut untuk melakukan aksi selfie sambil memegang kamera lebih teruk daripada sentuhan pertama Lukaku.

Dalam perlawanan menentang Liverpool, pasukan bimbingan Jose Mourinho tewas tipis dengan jaringan Roberto Firmino.

Baca Juga

Baca Juga