Mourinho: Hazard Dialu-alukan Untuk Menyertai Manchester United

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beliau gembira untuk melihat Eden Hazard menyertai Manchester United sambil berkata pemain antarabangsa Belgium ini mempunyai kebolehan untuk menentukan perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Dalam satu temu bua minggu lalu ketika bersama skuad kebangsaan Belgiu, Hazard mendedahkan perasaan kesalnya terhadap apa yang berlaku di antara beliau dan Mourinho dan mendakwa beliau mahu kembali bekerjasama dengan Mourinho jika diberikan peluang pada masa hadapan.

Hazard mahu kembali bekerjasama dengan Mourinho tetapi ia tidak akan berlaku di Old Trafford

Mourinho pernah bekerjasama dengan Hazard selama hampir 3 tahun ketika menguruskan Chelsea beberapa tahun yang lalu dan berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris disamping Europa League.

Pasangan ini akan kembali bersatu pada malam ini apabila Red Devils membuat kunjungan ke Stamford Bridge dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Chelsea masih lagi belum tumpas musim ini selepas mengharungi 8 perlawanan dan kini berada di tangga ke-2, di belakang Manchester City.

Namun begitu, situasi Mourinho lebih sukar memandangkan pasukannya mencatatkan permulaan musim paling buruk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris buat United, dan masa depannya di Old Trafford akan ditentukan dalam beberapa perlawanan yang akan datang.

Mourinho mengakui beliau teringin untuk kembali bekerjasama dengan Hazard namun tidak yakin yang ia akan berlaku ketika beliau masih menguruskan Manchester United .

Hazard muncul antara pemain terbaik di England musim ini

“Saya gembira untuk melihat beliau bermain di bawah saya di Manchester United tetapi saya tidak rasa Chelsea akan menjual Hazard kepada Manchester United.” Ujar Mourinho kepada sidang media sebelum perlawanan malam ini.

“Sejarah menunjukkan apabila Hazard muncul pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris, Chelsea akan menjadi juara liga. Ia berlaku kepada saya, dan berlaku sekali lagi di bawah Antonio Conte.”

“Chelsea dianggap pasukan atasan sekarang kerana Hazard merupakan pemain yang mampu membuat perubahan besar dalam sesuatu perlawanan.”

“Chelsea dipimpin oleh individu yang sangat berpengalaman dan pandai dalam bola sepak. Saya tidak rasa mereka akan menjual Eden Hazard kepada Manchester United.”

“Hazard merupakan pemain yang bagus. Kami mempunyai hubungan yang baik dan muncul juara Liga Perdana Inggeris bersama. Beliau muncul pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris ketika bermain di bawah saya, jadi sebab itulah kami mempunyai hubungan yang baik.”

“Apabila hubungan antara pemain dan jurulatih baik, pemain hanya akan bercakap perkara yang baik sahaja. Jika hubungan tidak berapa baik, anda tidak akan melihat pemain mengeluarkan kenyataan seperti itu.”

Sejarah menunjukkan jika Hazard bermain baik, Chelsea akan muncul juara liga. Chelsea champion EPL 2018/2019?

Mourinho juga sempat membincangkan prestasi awal musim Chelsea yang cemerlang dimana mereka berkongsi mata dengan pendahulu, Manchester City.

“Anda boleh lihat sendiri keputusan Chelsea. Tidak bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah banyak membantu kerana mereka hanya perlu fokus pada Liga Perdana Inggeris.”

BACA:  Manchester United Mahu Tandatangani Seorang Lagi Centre-back Selain Varane Pada Musim Panas Ini