Mourinho Kritik 4 Pemain Manchester United Kerana Tidak Cukup Matang

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho sekali mencuri perhatian apabila membuat kritikan secara terbuka terhadap 4 pemain United kerana tidak mempunyai karakter seperti yang diperlukan.

Empat pemain yang dimaksudkan Mourinho adalah Luke Shaw, Anthony Martial, Jesse Lingard dan Marcus Rashford. Mourinho membuat kenyataan kontroversi itu ketika bercakap kepada stesen televisyen berbahasa Sepanyol yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Univision.

Rashford tidak cukup matang untuk beraksi dengan United dari kaca mata Mourinho

Pengurus berusia 55 tahun itu sedang membuat persiapan bagi menghadapi Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini di hadapan penyokong sendiri. Perlawanan ini cukup penting buat Mourinho dan anak buahnya kerana ia merupakan perlawanan pertama sejak mereka ditewaskan Manchester City hampir dua minggu lalu.

Kekalahan tersebut menyebabkan Setan Merah semakin jauh ditinggalkan dalam persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris dimana mereka ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Menjelang pertemuan penting malam esok, Mourinho telah meluahkan kerisauannya terhadap prestasi empat pemain utamanya, yang mana beliau percaya sedang membazirkan potensi yang mereka miliki.

“Mereka [Shaw, Martial, Rashford, & Lingard] tidak cukup matang. Saya bukan seorang pemain, tetapi apabila saya bercakap mengenai tahap kematangan, saya merujuknya dari segi peribadi.”

Macam pondey !

“Sebelum ini, kita mempunyai ramai lelaki sejati. Kita lebih matang, dan lebih bersedia untuk berjuang hidup dan mati. Kita juga tidak perlu dilindungi secara berlebihan.”

“Dalam bahasa Inggeris, istilahnya adalah ‘spoilt kids’. Anak-anak zaman sekarang lebih ‘hancur’ berbanding zaman kita dibesarkan ibu bapa dahulu. Kita lebih matang dan juga lebih bersedia.”

“Bagi kebanyakan pemain muda sekarang, mereka menjalani kehidupan yang berbeza dengan media sosial berbanding generasi terdahulu.”

“Hari ini, golongan yang berada di sekeliling pemain telah melindungi pemain secara berlebihan. Disebabkan itu, pada pendapat saya, terlampau manjakan pemain akan menyebabkan keluarnya banyak alasan. Ada sahaja alasan untuk apa-apa perkara.”

“Luke Shaw, pemain pertahanan kiri untuk pasukan kebangsaan, tiba di Manchester United dua tahun sebelum saya sampai di sini. Beliau tidak tahu bagaimana untuk bersaing. Betul, Shaw ada potensi tetapi beliau tidak tahu cara untuk bersaing.”

Shaw sudah lali dengan kritikan Mourinho

“Kita sedang bercakap mengenai pemain seperti Luke Shaw, Martial, Lingard, Rashford – pemain muda yang mempunyai potensi yang besar.”

“Tetapi pada penghujungnya, perkara yang paling penting adalah karakter dan personaliti. Mereka kurang aggresif sebagai seorang pemain.”

Bagi aksi menentang Crystal Palace hujung minggu ini, Shaw tidak akan dapat diturunkan kerana menjalani penggantungan 1 perlawanan kerana mengutip 5 kad kuning. Martial dan Rashford pula akan menjalani ujian kecergasan bagi menentukan sama ada mereka akan dapat beraksi selepas mengalami kecederaan ringan ketika mewakili skuad kebangsaan masing-masing.

BACA:  "Tak Patut Inter Rasa Marah" - Mourinho Rai Gol Pertama Lukaku Bersama Roma