Mourinho Label Kemenangan Jepun vs Jerman Bukan Satu Kejutan Besar

Jose Mourinho telah melabel bahawa kemenangan dramatik Jepun ke atas Jerman bukanlah satu kejutan besar seperti mana yang dianggap oleh peminat bola sepak dunia ketika ini.

Dua pasukan dari Asia melakar kejutan besar pada perlawanan pertama Piala Dunia selepas Qatar dan Iran kecundang namun Arab Saubi bangkit untuk membenam Argentina 2-1.

Skrip yang sama kemudian dilakar oleh Jepun pula ketika menentang Jerman dan membuktikan kenapa Piala Dunia dianggap sebagai kejohanan teragung dalam dunia bola sepak.

Ketika dunia menanggap itu sebagai kejutan besar dan diangkat antara kejutan dalam sejarah Piala Dunia, Jose Mourinho pula sebaliknya.

“Not a big surprise.” Katanya

Menurut Mourinho bola sepak Asia sudah banyak berubah. Jadi bukanlah sesuatu mengejutkan untuk melihat pasukan seperti Jepun menang ke atas Jerman.

Jurulatih AS Roma itu bercakap tentang kemenangan Jepun ke atas Jerman dalam Piala Dunia dan menyifatkan asas bola sepak yang tidak diamalkan dalam perlawanan menjadi punca kekalahan.

Menurutnya, pasukan pasukan Eropah terlalu menekankan aspek individu berbanding permainan berpasukan serta memberi fokus besar kepada ego dan situasi ini boleh memakan diri.

Mourinho mengakui dia agak kecewa kerana terlepas menonton aksi Jepun dan Jerman kerana terlalu letih ketika tiba di negara itu untuk aksi persahabatan sempena rehat Piala Dunia bagi pemain pemain yang tidak terlibat.

“Saya tidak melihat perlawanan itu, saya berada di atas katil, televisyen dihidupkan tetapi saya tertidur, saya sangat kecewa.”

“Tahniah kepada Jepun, tetapi ia bukanlah satu kejutan besar, mereka adalah pasukan yang bagus yang sedang berkembang.”

“Saya fikir mentaliti pemain dan pasukan juga boleh memberikan perbezaan. Pada masa ini, dalam bola sepak Eropah, terdapat tumpuan besar pada kualiti individu, dan tumpuan besar pada ego.”

Kata-kata Mourinho ada asasnya di mana Jerman menguasai perlawanan namun gagal mencari penyudah beberapa kali mereka kehilangan bola yang kelihatan seperti mereka memandang rendah kepada Jepun.

Ego mereka memakan diri di mana Jerman kelihatan panik selepas Jepun berjaya menyamakan kedudukan.

Mourinho terus menekankan bahawa dalam bola sepak pasukan adalah perkara paling penting berbanding perkara yang lain. Bola sepak adalah permainan berpasukan.

“Dan apabila saya melihat profil anda [Jepun] sebagai rakyat dan sebagai sebuah negara… Saya tidak pernah melatih pemain Jepun, tetapi saya pernah melatih pemain Asia. Dalam kes saya, saya bertuah kerana saya melatih pemain terbaik Asia.”

“Saya faham bahawa mentaliti itu benar-benar istimewa – bahawa PASUKAN adalah perkara yang paling penting. Pemain bermain untuk pasukan, dan mereka tidak bermain untuk diri mereka sendiri.”

Kemenangan Jepun adalah kerana mereka turun beraksi dengan mentaliti yang betul, fokus kepada perlawanan dan bukannya kepada lilitan pelangi atau larian yang menganjing.

“Mereka [Jepun] mempunyai mentaliti yang betul, sebab itu saya fikir semalam bukanlah satu kejutan yang besar.”

“Sudah tentu sahaja itu satu pencapaian yang sangat besar. Namun itu bukanlah perkara yang benar benar memeranjatkan kerana Jepun memiliki pasukan yang sangat bagus.’

Mourinho tidak menolak kemungkinan akan mengendalikan pasukan seperti Jepun pada suatu hari nanti.

“Dalam bola sepak jangan pernah katakan tidak.”

“Tetapi saya rasa pasukan kebangsaan Jepun tidak memerlukan saya, mereka mempunyai jurulatih pada tahap yang tersendiri. Dalam bola sepak, sukar untuk bercakap mengenai projek, tetapi ia kelihatan sukar bagi saya.”

Dia memberikan pandangannya tentang perlawanan persahabatan Giallorossi menentang Yokohama F. Marinos dan Nagoya Grampus.

“Marinos adalah juara, mereka mempunyai lebih kualiti dan imaginasi ke hadapan. Nagoya pasukan yang teratur, saya menjangkakan perlawanan yang sukar.”

“Saya kehilangan pemain dan jet-lag dan itu jelas tidak membantu.”

Jose Mourinho seperti memerli media Eropah yang memandang rendah kepada pasukan dari Asia yang pada mereka masih jauh ketinggalan.

Keegoan orang Eropah bukan sahaja di padang malah turut dibawa penyokong mereka yang biadap tanpa mahu menghormati undang-undang dan adat negara mereka bertamu.

BACA:  Mourinho Koyak dan Terus Tutup TV