Mourinho Marah Pengurus Abaikan Piala FA

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah menegur sesetengah pengurus pasukan di Liga Perdana Inggeris yang mengabaikan cabaran Piala FA, dengan alasan kononnya mahu memberikan tumpuan terhadap piala yang lebih berprestij seperti Liga Juara-juara dan Piala Emirates.

Menurut Mourinho, tindakan tersebut menunjukkan sikap tidak hormat terhadap kejohanan bola sepak yang tertua di dunia itu.

Walaubagaimanapun, Mourinho turut mengakui bahawa dia pernah berperangai sedemikian ketika musim pertama bersama Chelsea, ketika dalam perlawanan menentang Newcastle.

“Saya abaikan perlawanan tersebut, kerana pada minggu yang sama kami ada perlawanan menentang Barcelona dana Liga Juara-juara, dan perlawanan akhir Piala Liga menentang Liverpool.

“Memanglah bagus sebab kami kalahkan Barcelona dan menang piala Liga  tapi saya tidak boleh lari daripada rasa bersalah itu.

“Tapi sekarang segalanya sudah berubah. Saya tidak lagi abaikan piala FA. Saya hanya kalah kepada pasukan yang lebih kuat, bukan kerana abaikan. Lagipun saya suka stadium Wembley.

Sebelum mengakhiri temuramah, Mourinho sempat berpesan kepada pengurus lagin.

“Ingatlah sahabat-sahabat, hidup ini bagai lampu dinding, yang dinyalakan di malam hari, apabila minyak sudah kering ia pasti padam sendiri. Setelah kita tinggalkan dunia, alam yang lain pula menanti.”

Baca Juga

Baca Juga