Mourinho Membalas Kritikan Capello

Milan: Pengurus Chelsea Jose Mourinho hari ini membalas kritikan dilempar oleh Fabio Capello dengan mengatakan dia bersemangat mahu membantu Blues bangkit semula selepas terperosok ke tangga bawah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Chelsea hanya terselamat dua tempat daripada zon penyingkiran liga selepas empat kekalahan dan menang dua kali dalam lapan perlawanan awal musim.

Permulaan paling buruk dalam tempoh 37 menyebabkan pendekatan Mourinho dikritik Capello mengatakan kaedah digunakan oleh jurulatih Portugal itu membuatkan pemain keletihan hanya selepas dua musim.

Baca : Capello Dan Cruyff Hentam Mourinho

Mourinho bercakap kepada La Gazzetta dello Sport mengakui tidak dapat menyembunyikan realiti Chelsea yang merudum.

“Saya baca apa Capello perkatakan,” kata Mourinho kepada akhbar harian Itali itu.

“Saya rasa jurulatih sudah berlalu perlu bercakap hanya mengenai bolasepak dan tidak membuat kenyataan berkait tugasan rakan sejawatan.” – AFP

Baca : Mourinho Bakal Catat Rekod Dunia Jika Di Pecat

Baca Juga

Baca Juga