Mourinho Menamakan Pemain Ini Sebagai ‘One Of The Most Underrated Players In The World’

Bekas pengurus Manchester United yang kini tenang menikmati wang pampasan dari Setan Merah dan kelab terdahulu sambil menjadi pengulas jemputan di stesen televisyen telah membuat satu kenyataan yang mampu mengangkat kening peminat bola sepak.

Berbicara kepada beIN SPORTS selepas Barcelona berjaya menewaskan Real Madrid dalam perlawanan El Clasico yang kurang mendapat sambutan selepas permergian Cristiano Ronaldo, Jose Mourinho telah menamakan “one of the most underrated players in the world.”

Pemain yang dimaksudkan Mourinho adalah Ivan Rakitic yang baginya tidak mendapat kredit yang sepatutnya daripada apa yang dilakukannya di padang bersama Barcelona.

Bagi Mourinho apa yang bakal diperkatakannya mengenai Rakitic bukanlah satu kritikan tapi satu pujian.

“Sebelum aku pergi, aku nak bagitau satu benda. Dah lama aku pendam dan nak bagitau benda ni. Ivan Rakitic merupakan “one of the most underrated players in the world.”

“Aku mahu selesaikan perkara ini kerana pada kebiasaannya kita selalu berbicara mengenai nama-nama besar.”

Bagi Mourinho, Rakitic jarang menjadi tumpuan dan sebutan kerana kelemahannya di media sosial walaupun sentiasa power di padang.

“Bagi aku, Rakitic perlu memperbaiki skillnya di Instagram dan media sosial kerana pada ketika ini perkara ini sangat penting dan Rakitic tidak bagus dalam perkara ini, beliau hanya bagus di padang.”

“Rakitic seorang pemain yang menakjubkan pada hampir setiap tahap. Beliau melakukan tugas bertahan dengan baiik untuk membantu Lionel Messi dan beliau juga berlari berbatu jauhnya.”

“Dalam penguasaan bola beliau sangat bagus, ringkas tetapi berkesan. Rakitic seorang merupakan “one of the most underrated players in the world.”

Rakitic telah dikatikan dengan berita perpindahan dari Barcelona telah membuktikan dirinya sebagai pemain hebat apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan El Clasico.

Nama Mourinho kini juga menjadi sebutan bakal menjadi pengurus Real Madrid yang baharu, walaubagaimanapun Mourinho menafikan berita itu.

Baca Juga

Baca Juga