Mourinho Mengimbau Kembali Bagaimana Beliau Menyuruh Abramovic Membeli Drogba

Pada tahun lalu Legenda Chelsea, Didier Drogba akhirnya mengumumkan persaraannya dari bola sepak selepas bergelar pemain profesional selama 20 tahun dengan penuh gemilang dan gagah perkasa.

Penyerang berasal dari Ivory Coast itu menyertai Chelsea sebanyak dua kali, dimana beliau berjaya menjaringkan 164 gol dari 381 perlawanan untuk kelab tersebut.

Antara pencapaian terhebat Drogba bersama Chelsea adalah ketika menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2012 disamping memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali.

Permulaan karier Drogba agak menarik. Beliau tidak pernah menghadiri sebarang akademi bola sepak ketika usia remajanya dan hanya bergelar pemain profesional pada usia 21 tahun. Beliau memulakan kariernya bersama Le Mans sebelum menyertai kelab Ligue 1, Guingamp pada tahun 2002.

Persembahan cemerlang Drogba bersama Guingamp telah menarik minat kelab gergasi Perancis, Marseille dan pada tahun 2003, beliau berpinda ke kelab tersebut dengan yuran perpindahan sekitar £3.3 juta.

Sama keras, sama padan. Vidic dan Drogba terlibat dalam beberapa pertarungan sepanjang karier mereka

Drogba berjaya menjaringkan 19 gol dalam musim pertamanya bersama Marseille dan ia telah menarik minat Chelsea untuk membuat bidaan berjumlah £24 juta pada musim berikutnya. Beliau berpindah ke Stamford Bridge pada Julai 2004 dan memainkan peranan penting dalam era Roman Abramovic yang dipenuhi dengan trofi.

“Selepas 20 tahun bermain bola sepak, saya mengambil keputusan untuk menamatkan karier permainan saya.”

Kelab terakhir Drogba sebelum bersara adalah Phoenix Rising, kelab yang berpengakalan di Amerika Syarikat yang mana beliau juga adalah pemilik bersama kelab tersebut.

“Ini merupakan cara terbaik untuk saya bercara kerana saya dapat membantu bakat-bakat muda berkembang menjadi pemain yang lebih baik.”

“Cara terbaik untuk saya bersara adalah dengan memberikan sesuatu kepada sukan ini kerana saya telah mempelajar banyak perkara sepanjang karier saya.”

Gandingan Drogba dan Mourinho berjaya hasilkan tiga trofi EPL untuk The Blues

Individu yang bertanggungjawab menaikkkan nama Didier Drogba sehingga menjadi penyerang bola sepak yang digeruni tidak lain tidak bukan adalah Jose Mourinho yang lebih terkenal dalam merosakkan pemain kini.

Mourinho telah mengimbau kembali kenangannya ketika mula-mula menguruskan Chelsea sekitar 2004 dahulu dimana beliau meminta pemilik kelab, Roman Abramovich membeli Didier Drogba dari Marseille.

“Drogba merupakan individu yang sangat setia dan beliau tidak pernah lupa yang saya membawa beliau ke Liga Perdana Inggeris dari Marseille, tempat yang beliau tidak sangka akan berada kerana karier bola sepak beliau bermula agak lambat.”

“Drogba pernah bermain dengan Guingamp, Marseille, Le Mans dan dipinjamkan ke beberapa buah kelab. Jadi apabila saya membawa Drogba ke Chelsea, saya masih ingat dengan jelas apa yang diucapkan Abramovic kepada saya ketika itu, ‘Siapa yang anda mahu sebagai penyerang?'”

Drogba percaya Mourinho mampu menangi Liga Perdana Inggeris jika beliau uruskan City

“Walaupun terdapat banyak nama besar di Eropah ketika itu, saya pilih Drogba.”

“(Abramovic pon berkata) Siapa? Siapakah dia? Dimana beliau bermain ?”

“Saya berkata kepada Mr. Abramovic – Bayar sahaja dan jangan cakap banyak.”

“Dan Drogba menjadi pemain ikonik untuk Chelsea dan juga Liga Perdana Inggeris.”

Drogba berjaya memenangi 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam 8 tahun pertamanya bersama The Blues selain 4 trofi Piala FA dan 2 Piala Liga.

Beliau juga muncul sebagai pemenang kasut emas sebanyak dua kali iaitu bagi musim 2006/2007 dan 2009/2010. Beliau meninggalkan Chelsea buat kali pertama selepas membantu kelab tersebut menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dengan menewaskan Bayern Munich menerusi penentuan sepakan penalti.

Di peringkat antarabangsa pula, Drogba berjaya menjaringkan 65 gol dari 105 penampilan untuk Ivory Coast. Beliau mewakili Ivory Coast dalam tiga edisi Piala Dunia dan dinamakan sebagai Pemain Tahunan Afrika sebanyak dua kali.

Baca Juga

Baca Juga