Mourinho Menjadi Bahan Jenaka Pengurus Al Jazira

Selepas penyokong Manchester City dan haters menjadikan taktikal Mourinho sebagai bahan jenaka, kali ini giliran pengurus Al Jazira pula ‘membahan’ pengendali Manchester United itu yang terkenal dengan strategi ‘parking bus.’

Secara berseloroh dan bersahaja pengurus Al Jazira, Henk Ten Cate telah membuat lawak ‘parking bus’ Mourinho ketika sidang media sebelum perlawanan menentang Real Madrid di Club World CUp 2017.

Sebelum perlawana Henk Ten Cate yang juga pengurus veteran dari Belanda berkata kelab dari Abu Dhabi itu pasukannya kan bermain secara bertahan sambil menyebut mungkin Mourinho boleh membantu.

“Kami perlukan 3 buah bas. Mungkin Mourinho boleh datang dan meletakkan dua lagi bas di depan gawang kami.” Ujar Ten Cate sambil ketawa.

“Bermimpi tu ok tapi dari segi kualiti, perbezaan terlalu besar, tapi pasukan aku akan berjuang seperti mereka lakukan sebelum ini. Mereka akan berjuang hingga titisan yang terakhir.”

Namun apa yang dikatakan Henk Ten Cate telah ditunaikan apabila Al Jazira berjuang berhabisan dan hampir mengejutkan Real Madrid dalam perlawanan yang penuh dramatik itu.

FIFA Club World Cup Semi Final : Al-Jazira 1-2 Real Madrid

Real Madrid berjaya ke perlawanan akhir FIFA Club World Cup walaupun mempamerkan aksi kurang meyakinkan selepas berjaya menundukkan kelab dari Abu Dhabi, Al Jazira dengan jaringan 2-1.

Los Blancos tumpul-setumpul-tumpulnya dihadapan gol di mana Cristiano Ronaldo mampu untuk menjaringkan hatrik dalam tempoh 10 minit pertama perlawanan dalam perlawanan yang penuh dramatik.

Penjaga gol Al Jazira, Ali Khaseifa beraksi cemerlang dengan aksi yang menakjubkan menyelamatkan rentetan serangan daripada Real Madrid. Ali antara faktor ketumpulan Real Madrid.

Ali haseif cemerlang dan kebal hingga beliau dikeluarkan kerana cedera. Imej : Reuters.

Video Assistant Referee (VAR) menjadi watak utama dalam menambahkan rencah perlawanan menjadi lebih dramatik apabila 3 gol dibatalkan, 2 gol dari Real Madrid dan satu dari Al-Jazira.

Dalam keghairahan Real Madrid mengasak dan mencari gol, Al Jazira tidak hanya berdiam diri apabila Romarinho berjaya mencatat nama di papan skor pada minit ke-41.

Al Jazira berjaya menambah gol pada separuh masa kedua namum dibatalkan kerana offside. Titik kebangkitan Real bermula pada minit ke-51 apabila Ali Khaseifa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.

Terjelir Ronaldo mencuba. Imej : Reuters.

Tanpa Ali di gawang Ronaldo berjaya menjaringkan gol pada minit ke-53. Real Madrid meneruskan tekanan dan memasuki minit ke-65 pasukan Ibu Kota Sepanyol itu sudah melakukan 18 percubaan dan 10 daripanya percubaan tepat.

Benzema hampir menjaringkan gol pada minit ke-66 namun rembatannya keras menghentam tiang. Sundulan Ronaldo dan Casemiro pada minit k3-70 dan 74 gagal menggetarkan jala gawang.

Tidak tahan dengan ketumpulan serangan, Zidane mengeluarkan Benzema dan memasukkan Bale pada minit ke-81.

VAR menjadikan perlawanan lebih dramatik.

Tanpa menunggu lama, beberapa saat kemudian Bale telah menjaringkan gol melalui sentuhan pertamanya dalam perlawanan, sekaligus mengajar Ronaldo dan Benzema serta rakan-rakan bagaimana menjaringkan gol dengan berkesan.

Ronaldo cuba membuat backheel rembatan Bale tetapi tidak mengena atau ada sentuhan jadi, jaringan menjadi milik Bale. Kalau Ronaldo sentuh, free-free dapat nama.

Real Madrid bakal bertemu wakil dari CONMEBOL, Gremio di perlawanan akhir.

Al-Jazira 1-2 Real Madrid

Baca Juga

Baca Juga