Pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah diminta oleh pihak FA (Football Associations) untuk menjelaskan komen yang dibuat beliau sebelum pertemuan pasukannya menentang Manchester City, yang berkesudahan United tewas 2-1 di gelanggang sendiri.
Pihak FA telah meminta penjelasan lebih lanjut dari pengurus berasal dari Portugal berkenaan komen yang dibuat beliau pada satu sidang media hari Jumaat sebelum derby Manchester berlangsung.
Mourinho telah dipetik berkata ketika it, ‘Tiup je angin, dan mereka [pemain Manchester City] akan jatuh dengan mudah’. Mourinho mempunyai masa sehingga hari Isnin minggu hadapan untuk memberikan respon kepada pihak FA mengenai komen tersebut.
Pengurus berusia 54 tahun ini juga berpendapat beliau tidak akan dibenarkan membuat sebarang tindakan berbentuk politik di atas padang seperti yang telah dilakukan oleh Pep Guardiola.
Guardiola dilihat memakai reben kuning pada lengannya sebagai tanda sokongan terhadap ahli politik Pro-Catalan yang kini dipenjara kerana isu kemerdekaan yang dituntut rakyat Catalan.
Manchester United tewas dalam derbi Manchester tersebut yang berlangsung agak panas, dan City menjarakkan kedudukan mereka menjadi 11 mata dengan pencabar terdekat mereka. Perlawanan tersebut juga dicemari dengan insiden luar padang melibatkan pemain dan staff dari kedua-dua pasukan yang berkelahi di bilik persalinan.
Polis dan sukarelawan stadium terpaksa di kerah untuk menyuraikan pergaduhan yang tercetus di antara pemain/staff Manchester United dan Manchester City. Lebih 20 individu terlibat dalam kekecohan yang tercetus dalam terowong stadium Old Trafford selepas tamat perlawanan.
Menurut laporan The Guardian, kedua-dua pihak saling berbalas tumbukan dan melempar botol ke arah lawan masing-masing dan pembantu jurulatih Manchester City, Mikel Arteta dilaporkan mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian muka selepas ditumbuk dalam pergaduhan tersebut.
Insiden ini juga masih lagi dalam siasatan pihak FA England yang masih menunggu laporan rasmi dari pengadil dan pegawai perlawanan yang bertugas. Pihak FA mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman kepada mana-mana individu sama ada pemain atau staff walaupun insiden tersebut tidak berlaku di atas padang. Polis Manchester masih lagi belum meneriman komplen atau aduan mengenai insiden tersebut dari mangsa yang terlibat.
Bahagian kening Arteta dilaporkan terbuka luas dan darah mengalir dengan banyak di bahagian mukanya selepas berlaku pergaduhan di depan bilik persalinan yang menempatkan pasukan pelawat.
Insiden panas ini tercetus selepas Jose Mourinho memberitahu pemain Manchester City di bilik persalinan mereka untuk mengawal kegembiraan mereka dan tidak terlalu membuat bising selepas muncul pemenang dalam perlawanan sengit tersebut.
Mourinho dilaporkan berkonfrantasi dengan penjaga gol Manchester City, Ederson yang mana pada ketika itu berada berdekatan dengan pintu bilik persalinan pelawat. Mourinho dan Ederson mengeluarkan bahasa kesat ke arah masing-masing dalam bahasa Portugis.
Ederson marah kerana Mourinho menuduhnya cuba melengah-lengahkan masa dalam perlawanan tersebut. Mourinho kemudiannya menjerit dalam bahasa Inggeris dan berkata, “you fucking show respect. Who are you ?”
Skuad Jose Mourinho akan menyambung kembali aksi Liga Perdana Inggeris dengan dua perlawanan sukar di tempat lawan selepas ini, bermula dengan kunjungan ke Stadium Hawthorns untuk berhadapan dengan West Bromwich Albion dan selang beberapa hari kemudian, mereka bakal bertemu Leicester City di Stadium King Power.