Mourinho : Mustahil Kami Kalah dan Patut Menang 5-0

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho seakan tidak dapat menerima hakikat mereka tewas kepada Basel dan menganggap mustahil untuk Manchester United tewas serta mereka patut menang 5-0.

Jose Mourinho menyifatkan Manchester United sangat dominan pada separuh masa pertama ketika menentang Basel dan kelihatan sangat mustahil United tidak menang serta mengakui pasukannya masih dalam keadaan selesa walaupun tewas.

Basel berjaya menyerap tekanan yang tinggi dari pendahulu kumpulan itu sebelum Michael Lang menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawana sekaligus menyebakan Manchester United perlu mencari mata dalam perlawanan terakhir.

5-0

Mourinho seakan tidak dapat menerima kekalahan tersebut dan mendakwa Manchester United berhak untuk menang selepas dua percubaan sekadar mengegar tiang gol pada separuh masa pertama.

Mourinho juga mengingatkan kepada pengkritik bahawa mereka semakin hampir untuk ke pusingan kalah mati dan menjadi pasukan 16 terbaik.

“Kami tewas kerana pada separuh masa pertama kami sepatutnya mendahului 5-0, kami tidak mampu menjaringkan satu gol pun walaupun mendominasi perlawanan dan sangat mustahil untuk tidak menang.”

“Tapi kalau kau terlepas begitu banyak peluang maka kau telah meletakkan diri kau dalam situasi ini. Pada separuh masa kedua sepatutnya berakhir 0-0 tapi mereka menjaringkan gol.”

“Satu perkara je aku tengok, mereka membuat hantaran rendah dan wing back mereka telah muncul dibelakang Blind.”

Tak mungkin

“Aku rasa tida adil untuk menyalahkan Blind kerana beliau bermain dengan baik. Kami harus salahkan semua yang ada di padang. Risiko selalu ada jika kau bagi banyak sangat peluang.”

“Apa kami perlu ketika menentang CSKA? Kami tidak perlu memenangi perlawanan tersebut. Aku tidak fikir kami perlu seri. Kami boleh tewas dengan beberapa jaringan tapi masih layak.”

Manchester United bakal berdepan CSKA Moscow dalam perlawanan terakhir kumpulan dan bakal tersingkir jika mereka tewas dengan 6 gol atau lebih.

Manchester United juga akan menjadi juara kumpulan di belakang CSKA Moscow jika bolos 5 gol tanpa balas.

Baca Juga

Baca Juga