Mourinho Nafi Laporan Yang Mendakwa Beliau Bergaduh Dengan Pogba,

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menafikan penyebaran berita yang mendakwa beliau bergaduh dengan Paul Pogba, sambil berkata beliau sangat gembira dengan prestasi Pogba ketika ini.

Mourinho turut berkata beliau tidak kisah mengenai kenyataan Pogba sebelum ini yang mendakwa beliau akan menerima denda sekiranya meluahkan perkara sebenar kepada pihak media. Kenyataan itu  muncul dari mulut Pogba selepas pemain antarabangsa Perancis itu mengetuai Manchester United menewaskan Leicester City 2-1 dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris minggu lepas.

Kami tidak pernah bertengkar, hanya gurau2 manja

Beberapa akhbar Inggeris melaporkan Mourinho telah mengeluarkan amaran kepada Pogba untuk tidak bercakap kepada pihak media dan menggesa Pogba supaya menghantar surat untuk berpindah sekiranya mahu keluar dari Manchester United.

Walau bagaimanapun, ketika bercakap kepada sidang media menjelang pertemuan menentang Brighton hujung minggu ini, Mourinho menafikan perkara berkenaan dan berkata Pogba akan terus menjadi kapten United sepanjang ketiadaan Antonio Valencia.

“Perkara sebenar adalah saya dan Pogba telah bersama hampir dua tahun dua minggu, dan saya tidak pernah berasa segembira ini terhadap Pogba.”

Pogba beraksi selama 83 minit ketika menentang Leicester dan berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk memberi kelebihan kepada United.

Dulu suko dulu

“Saya tidak boleh minta lebih dari apa yang beliau telah berikan kepada pasukan sekarang. Pogba tiba di sini pada hari Isnin, menjalani latihan selama 3 hari dan saya meminta beliau memberikan sumbangan dalam perlawanan yang kami mempunyai beberapa kesukaran.”

“Beliau berjaya melakukannya lebih baik dari apa yang kami sangka beliau mampu lakukan. Apabila Pogba berkata beliau melakukannya demi peminat dan pasukan ini, itulah yang saya mahu dengar dari mulut beliau.”

Menurut satu sumber yang dipercayai, Manchester United baru sahaja menolak tawaran daripada Barcelona terhadap Pogba. Kelab Sepanyol itu tidak menolak kemungkinan akan menghantar satu lagi tawaran memandangkan tirai perpindahan pemain Sepanyol masih lagi dibuka.

Mourinho menggambarkan persembahan Pogba ketika menentang Leicester sebagai ‘raksasa’. Walaupun beraksi baik, Pogba mengejutkan banyak pihak apabila mengeluarkan kenyataan penuh cryptic selepas tamat perlawanan.

“Jika anda tidak gembira, anda tidak mampu berikan yang terbaik.”

Mourinho diminta oleh wartawan untuk memberikan komen mengenai kenyataan Pogba tersebut, tetapi Mourinho berkata hanya Pogba ada jawapannya.

Kapten Pogba akan terus menggalas tugas kapten sepanjang ketiadaan Antonio Valencia

“Saya tidak tanya Pogba mengenai kenyataan tersebut, dan saya tidak bercadang untuk bertanya. Saya hanya mahu beliau bekerja dengan saya seperti yang sedang beliau lakukan sekarang, itu sudah memadai.”

“Tulis apa sahaja mengenai Pogba atau saya, tapi jangan tulis perkara yang tidak betul. Jangan letakkan Pogba pada situasi dimana orang di luar sana akan menganggap Pogba sebagai seorang yang kurang ajar dan tidak berpelajaran.”

“Beliau tidak pernah bergaduh dengan saya, kami tidak pernah bertengkar. Kami masih lagi saling menghormati. Saya tiada sebarang masalah dengan beliau.”

BACA:  Pogba Hangat Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Barcelona Selepas Bertemu Messi Di Dubai