Mourinho: Panggil Saya Ketua Jurulatih, Bukan Pengurus

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beliau sepatutnya dipanggil sebagai ‘ketua jurulatih’ dan bukannya sebagai pengurus.

Beliau berkata demikian selepas mengemudi Manchester United mencatatkan kemenangan ke atas Leicester dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, walaupun pemain yang dikehendakinya tidak tiba di Old Trafford.

Aku bukanlah Superman, Aku juga bisa nangis, Jika kekasih hatiku Pergi meninggalkan aku.

Mourinho turut berkata beliau sebenarnya mahu melakukan 6 pertukaran pemain memandangkan kebanyakan pemain yang diturunkan beliau dalam perlawanan itu masih belum cergas sepenuhnya. Persiapan pra-musim United terjejas teruk kerana sebilangan besar pemain utama mereka terlibat dalam Piala Dunia 2018.

Walaupun demikian, Mourinho berjaya mengenepikan permasalahan tersebut dengan membantu United menewaskan Leicester City 2-1 di hadapan penyokong sendiri. Gol dari Paul Pogba dan Luke Shaw sudah cukup untuk Red Devils mengutip 3 mata dari perlawanan tersebut, manakala Leicester memperolehi gol sagu hati pada lewat permainan menerusi Jamie Vardy.

Dalam sidang media selepas perlawanan berakhir, Mourinho berkata United perlu bersedia berdepan pasukan yang membelanjakan wang lebih banyak daripada mereka.

Pogba tenang menyempurnakan sepakan penalti seawal minit ke-3

“Dalam Liga Perdana Inggeris, kami perlu membiasakan diri untuk berhadapan pasukan yang mempunyai kualiti sama seperti kami. Lupakan sahaja nama, lupakan sejarah, lupakan baju apa yang mereka pakai. Setiap pasukan merupakan pasukan yang bagus.”

Mourinho mendakwa beliau telah memberikan senarai pemain yang dikehendakinya kepada pihak pengurusan, tetapi tiada pemain yang tiba pada hari terakhir jendela perpindahan. United hanya membawa masuk 3 pemain sahaja kali ini iaitu Fred, Diego Dalot, dan Lee Grant.

Toby Alderweireld, Harry Maguire, Yerry Mina, Jerome Boateng dan Diego Godin telah dikenalpasti Mourinho sebagai sasaran untuk memperkuatkan bahagian pertahanan United, tetapi tiada seorang pon yang tiba.

Apabila ditanya adakah pihak pengurusan tidak bersetuju dengan senarai pemain yang dikehendaki Mouriniho, ini jawapan beliau.

“Inilah pengurusan bola sepak. Bola sepak hari ini sudah berubah. Saya rasa pengurus bola sepak sepatutnya dipanggil sebagai ketua jurulatih. Kami mempunyai staff kejurulatihan yang besar dan saya rasa peranan saya lebih kepada ketua jurulatih berbanding seorang pengurus.”

Fred in action

Mourinho mendakwa beliau ada memberitahu para pemainnya untuk memberikan ‘apa yang mereka ada’ bagi perlawanan pertama liga Manchester United dimana Maroune Fellaini berkata beliau hanya mampu bermain selama 10 minit sahaja.

“Saya telah membuat perancangan sejak berbulan lamanya dan pada permulaan Liga Perdana Inggeris yang mana jendela perpindahan sudah pon ditutup, saya berdepan satu situasi yang saya sendiri tidak sangka akan berlaku.”

“Saya rasa ini merupakan kali terakhir saya bercakap mengenai perkara ini. Segalanya sudah berakhir, pintu jendela sudah pon ditutup dan tiada apa lagi yang perlu diperkatakan.”

BACA:  Red Bull Salzburg Menganjing Man Utd Yang Berminat Mahu Dapatkan Khidmat Sesko