Mourinho: Pogba Tidak Pernah Minta Untuk Dilepaskan

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho percaya Paul Pogba tidak mahu berpindah keluar dari kelab tersebut kerana beliau tidak pernah meminta untuk dilepaskan.

Hubungan dingin di antara Mourinho dan Pogba menyebabkan timbulnya spekulasi mengenai masa depan Pogba di Old Trafford. Pemenang Piala Dunia 2018 itu hangat dikaitkan dengan Barcelona dan pemain itu sendiri tidak pernah menafikan niatnya untuk berhijrah ke sana.

Mourinho dakwa Pogba mahu kekal di Old Trafford kerana beliau tidak pernah meminta untuk dilepaskan.

Barcelona melihat Pogba sebagai pemain terbaik untuk memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan tersebut dan merancang untuk menghantar bidaan pada jendela perpindahan Januari ini. Minggu lalu Pogba telah mengenai masa depannya bersama Manchester United dan beliau tidak enggan mengesahkan keinginannya untuk terus kekal di Old Trafford buat jangka masa yang lama.

Walaubagaimapaun, Mourinho berkata beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk mempercayai laporan yang mengatakan Pogba terdesak mahu meninggalkan Manchester United.

“Paul Pogba kembali ke Manchester United seminggu sebelum bermulanya Liga Perdana Inggeris. Kami telah kembali bekerjasama selama dua bulan. Beliau tidak pernah memberitahu saya yang beliau mahu berpindah. Tidak pernah sama sekali. Beliau tidak pernah beritahu saya beliau mahu keluar dari Manchester United.”

Hubungan dingin antara Mourinho dan Pogba menyebabkan timbulnya pelbagai spekulasi mengenai masa depan Pogba. Penangan media Inggeris yang suka mereka cerita

“Saya hanya boleh beri komen mengenai perkara yang betul. Bukan apa yang saya baca atau apa yang orang lain dengar atau baca. Saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mereka yang menulis laporan tersebut.”

“Saya hanya ada hubungan dengan pemain-pemains saya, bukan Paul Pogba sahaja. Dan Pogba sendiri tidak pernah beritahu yang beliau mahu keluar.”

“Jika Pogba tidak pernah beritahu beliau mahu keluar, sudah tentu disebabkan beliau mahu terus kekal. Itu konklusi saya, betul kan ?”

Pogba masih mempunyai kontrak sehingga tahun 2021 bersama Manchester United, bermakna mana-mana kelab yang ingin mendapatkan Pogba perlu membayar harga pasaran yang tinggi.

Namun begitu, bagi pemain seperti Luke Shaw, Juan Mata dan Ander Herrera, Manchester United mungkin kehilangan pemain-pemain ini secara percuma memandangkan kontrak mereka akan tamat hujung musim ini.

Mourinho yakin tiada sebarang niat untuk tinggalkan United

Namun demikian, Mourinho yakin Manchester United akan mencari jalan untuk meyakinkan pemain yang hampir tamat kontrak ini untuk menandatangani kontrak lanjutan di Old Trafford.

“Saya amat berharap mereka akan terus kekal di sini. Kami menghadapi situasi yang serupa dengan Maroune Fellaini musim lepas dan saya sentiasa berharap beliau akan terus kekal. Saya percaya Fellaini akan kekal. Kali ini saya berkata perkara yang sama, Saya mahu pemain-pemain itu kekal di sini.”

“Sudah tentu, saya gembira dengan prestasi mereka. Evolusi yang berlaku terhadap Luke Shaw ketika ini meyakinkan kami yang beliau kini berada di landasan yang betul. Sudah tentu saya mahu Shaw terus kekal di Manchester United.”

BACA:  Mane Dedah Punca Sebenar Tolak Lamaran Lumayan Manchester United