Mourinho Puji Sikap Profesional Pogba Walaupun Tidak Dipilih Bermain

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah memuji sikap profesional yang ditunjukkan Paul Pogba selepas pemain tengah itu tidak dipilih dalam kesebelasan utama ketika Manchester United menentang Sevilla Khamis lalu dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah.

Ketiadaan Pogba dalam perlawanan tersebut memeranjatkan peminat United kerana Pogba dianggap pemain paling penting dalam skuad Red Devils disamping David De Gea. Walaubagaimanapun, Pogba tidak berada lama di bangku simpanan kerana kecederaan yang dialami Ander Herrera pada minit le-17 memaksa Mourinho memasukkan Pogba.

Pogdab sangat profesional

Sebelum ini, Pogba turut dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika United tewas kepada Tottenham Hotspurs dan Newcastle. Beliau tiada langsung dalam skuad United yang berjaya menewaskan Huddersfield dalam pusingan ke-5 Piala FA.

Spekulasi bertiup kencang mengatakan terdapat konflik di antara Pogba dan Mourinho ketika ini tetapi pengurus berasal Portugal ini meredakan kerisauan tersebut dengan berkata tiada sebarang konflik wujud di antara mereka berdua.

Dalam sidang media menjelang pertemuan menentang Chelsea hujung minggu ini, Mourinho telah memuji karakter yang dimiliki Pogba walaupun tiada dalam kesebelasan utama pasukan.

“Kamu boleh lihat aksi Pogba ketika perlawanan Sevilla lalu. Situasi menjadi lebih sukar buat pemain apabila mereka bermula dari bangku simpanan.”

Tiada sebarang konflik di antara mereka berdua.

“Persiapan pemain untuk menghadapi perlawanan menjadi lebih mudah jika mereka bermula dalam kesebelasan utama. Tidak mudah bagi pemain untuk bermula dari bangku simpanan tanpa sebarang ‘warm-up’. Pendapat saya adalah Pogba menunjukkan persembahan yang cukup positif untuk United.”

“Kadang kala pemain yang berada di bangku simpanan memerlukan 5 minit untuk bersiap. Mereka tidak memakai shinpad atau lititan pada stokin. Pogba pula hanya memerlukan 10 saat untuk bersiap sebelum masuk ke dalam padang.”

“Beliau menunjukkan sikap yang profesinal. Walaupun tidak diturunkan dalam kesebelasan utama, beliau sentiasa bersedia untuk membantu pasukan.”

Adakah Pogba akan berdabbing lagi malam esok?

“Pogba telah menunjukkan respons yang profesional dalam dua perlawanan yang beliau diletakkan di bangku simpanan. Beliau berada di bangku simpanan ketika kami menentang Huddersfield dalam Liga Perdana Inggeris dan tindak balas beliau adalah sangat profesional.”

“Pogba sekali lagi berada di bangku simpanan untuk perlawanan Sevilla dan perkara yang sama turut berlaku.”

Manchester United akan melayan kunjungan Chelsea di Old Trafford malam esok dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Kedua-dua pasukan sedang bersaing sengit untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara musim hadapan dan kemenangan pada perlawanan malam esok bakal mengukuhkan lagi cengkaman ‘Top 4’  buat pasukan yang menang.

BACA:  Klopp Beri Amaran Manchester City Mampu Bawa 'Ribut Petir' Kepada Liverpool