Mourinho Rasa Dikhianati Pemain Chelsea

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho merasakan beliau seperti dikhianati oleh barisan pemain Chelsea sendiri selepas tumpas 2-1 kepada Leicester City.

Kekalahan kesembilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi menyaksikan Chelsea berada satu mata di atas zon penyingkiran.

Gandingan Leicester, Jamie Vardy dan Riyad Mahrez menjadi duri dalam daging buat pasukan pelawat apabila menjaringkan gol dalam kemenangan mereka sementara usaha kebangkitan lewat The Blues menerusi gol tandukan Loic Remy pada minit ke-77 gagal mengubah keadaan.

“Kami melepaskan dua gol yang sukar diterima oleh saya. Saya sedar salah satu kualiti yang dimiliki saya ada membaca permainan, bagi pemain saya pula mereka perlu mengenal pasti dengan teliti mengenai lawan mereka.

“Saya rasa usaha saya dikhianati. Sukar untuk kami menjaringkan gol apabila pemain tidak berada di tahap terbaik mereka. Aapbila kamu memiliki pemain terutama di posisi penting, ianya sukar.

“Ia tugas berat. Musim lalu saya melakukan tugas dengan menakjubkan dan saya mengangkat mereka ke tahap lebih baik sebelum ini,” tegas pengendali dari Portugal itu.

Sungguhpun pasukannya terperosok di tangga bawahan, Mourinho bagaimanapun menolak andaian Chelsea bakal berdepan dengan penyingkiran musim depan.

Bagaimanapun beliau menganggap adalah mustahil Chelsea akan menjamin tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Baca Juga

Baca Juga