Mourinho Salahkan Cuaca Panas Punca Prestasi Hambar Manchester United Menentang Southampton

Manchester United meneruskan permulaan liga yang cemerlang selepas menang tipis 1-0 ke atas Southampton pada hujung minggu lalu sekaligus mengekalkan United di tangga kedua di belakang jiran tetangga, Manchester City, dan dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Dalam perlawanan tersebut, Manchester United mendominasi separuh masa pertama dan hasilnya berjaya mendapat gol tunggl menerusi penyerang sensasi mereka, Romelu Lukaku, hasil hantaran lintang Ashley Young.

Akan tetapi, dalam separuh masa kedua, United dipaksa untuk menahan asakan demi asakan daripada barisan serangan Southampton sehinggakan David De Gea tidak sempat untuk berhenti minum air.

Seperti biasa, pengurus United, Jose Mourinho, seorang yang cukup dikenali sebagai ‘Encik Alasan’ telah memberikan satu lagi alasan yang kurang boleh diterima akal yang waras di sebalik kelesuan pasukannya pada separuh masa kedua – cuaca di panas di Southampton.

Dalam peta England di bawah, Southampton berada di selatan negara tersebut dan kawasan ini sering menerima cahaya matahari yang lebih banyak berbanding bandar Manchester – tempat yang selalu mendung, menyedihkan dan menyeramkan.

Peta England | Gambar : Rough Guides

“Aku rasa pemain semua penat,” kata Mourinho ketika ditanya wartawan selepas perlawanan.

“Sembilan daripada mereka tidak bermain pada pertengahan minggu, jadi diorang ni sepatutnya tidak menghadapi masalah kelesuan.

“Tapi masalahya cuaca di sini cantik sangat (ada cahaya matahari). Kalau kita training di Manchester pada pukul 11, 12 atau 3 petang, kita tak akan dapat cuaca macam ni,” tambah Mourinho sehingga mengundang hilai tawa para wartawan.

“Oi, aku serius ni.

“Kalu terakhir diorang dapat cuaca macam ni adalah di Los Angeles, kemudian di Macedonia.

“Aku rasa pemain aku ni terkesan dengan cuaca, sebab tu diorang tak cukup tajam.

“Semangat diorang cukup tinggi, selalu mencuba cuma diorang tak tajam.

“Jadi, bila pihak lawan selalu serang, kami bertahan je lah dalam 10,15 minit dan kami sangatlah kukuh!” ujar Mourinho penuh yakin.

Dalam perlawanan tersebut juga Mourinho telah diberikan ‘kad merah’ oleh pengadil, menyebabkannya diarahkan untuk meninggalkan bangku pemain simpanan menyebabkannya berkemungkinan digantung perlawanan nanti.

Sumber berita : Metro UK, Sports Bible

Baca Juga

Baca Juga