Mourinho: Sanchez Tidak Akan Bermain Buat Satu Tempoh Yang Agak Lama

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho percaya kecederaan hamstring yang dialami Alexis Sanchez ketika sesi latihan akan menyebabkan pemain itu tidak akan dapat diturunkan buat satu tempoh yang agak lama.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak kelab kelmarin, Manchester United masih lagi menyiasat sejauh mana tahap kecederaan hamstring yang dialami Sanchez tetapi Mourinho percaya pemain antarabangsa Chile itu mungkin hanya akan kembali pada tahun 2019.

Pemain gaji paling mahal tidak akan bermain untuk satu tempoh yang lama. Sedap la makan gaji butooo

Ketika bercakap kepada wartawan hari ini, Mourinho mengesahkan kecederaan yang dialami Sanchez agak serius dan mungkin perlu berehat agak lama.

“Tiada lagi scan setakat ini tetapi pemain tersebut [Sanchez] adalah pemain berpengalaman, dan beliau tahu kecederaan apa yang beliau alami.”

“Tambahan pula, berdasarkan pengalaman saya selama ini, jeritan kesakitan Sanchez dan cara kecederaan itu berlaku, saya sudah tahu ia merupakan kecederaan yang memerlukan pemain berehat dalam tempoh yang lama.”

“Ini bukan kecederaan kecil di bahagian otot, yang hanya memerlukan pemain berehat selama seminggu atau 10 hari dan terus boleh bermain.”

“Perasaan saya kuat mengatakan kecederaan Sanchez kali ini berlainan dari apa yang dialami Victor Lindelof. Dan kecederaan Lindelof juga bukan biasa-biasa.”

Masalah hamstring Sanchez bukanlah perkara baru. Beliau pernah mengalami masalah yang sama ketika bermain untuk Arsenal

“Jadi, saya rasa kecederaan yang dialami Sanchez saya panggil sebagai kecederaan otot yang aggresif.”

Sejak dibawa masuk dari Arsenal pada Januari tahun ini, Sanchez bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya bersama Red Devils.

Kecederaan yang dialaminya pada permulaan musim juga tidak banyak membantu prestasinya. Sanchez ditinggalkan dari skuad United yang mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Young Boys pada pertengahan minggu ini.

Jaringan minit terakhir oleh Maroune Fellaini sudah cukup untuk menghantar United ke pusingan kalah mati sambil diiringi Juventus yang turut mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Valencia.

Mourinho juga turut ditanya mengenai keputusannya meminggirkan Sanchez dari beraksi menentang Young Boys. Beliau berkata ia merupakan keputusan yang diambil atas sebab bola sepak, dan bukan disebabkan perkara di luar padang.

“Perkara pertama yang boleh saya cakap adalah dalam mana-mana kelab pon, apabila seorang pemain tidak diturunkan, ia merupakan keputusan pengurus.”

Keputusan untuk tidak menurunkan Sanchez bukan disebabkan masalah disiplin pemain tersebut

“Tetapi di kelab ini, apabila seorang pemain tidak diturunkan, pihak media akan melaporkan ia sebagai masalah disiplin pemain atau pemain tidak menunjukkan kelakuan yang baik.”

“Sudah tentu dalam kes Sanchez, ia bukan disebabkan perkara tersebut. Beliau mengalami kecederaan yang agak serius.”

“Saya tidak mahu mengambil risiko dengan memberitahu berapa lama Sanchez tidak akan bermain tetapi berdasarkan pengalaman, saya boleh cakap Sanchez tidak akan bermain lagi tahun ini.”

BACA:  Penyokong Bangladesh Disamakan Seperti Penyokong Man Utd Kerana Tinggalkan Stadium Sebelum Tamat Perlawanan