Mourinho: Saya Hormat Pencapaian Wenger Dan Tidak Mahu Beliau Bersara

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beliau sentiasa mempunyai perasaan hormat terhadap Arsene Wenger walaupun sering bertelagah di dalam dan luar padang sebelum ini.

Mourinho turut menyatakan kekaguman beliau terhadap pencapaian Wenger sepanjang karier pengurusannya selepas pengurus Arsenal tersebut mengumumkan beliau akan berundur dari posisinya pada hujung musim nanti.

Kalau Wenger menangis, Mourinho pon menangis. Brotherhood

Walaupun mempunyai hubungan yang tidak berapa baik dengan Wenger, Mourinho berharap pengurus berasal dari Perancis itu tidak akan  bersara dari bolasepak kerana masih banyak yang mampu disumbangkan Wenger kepada sukan ini.

Mourinho turut berkata punca beliau dan Wenger sering bergaduh setiap kali mereka bertemu di atas padang adalah kerana perasaan hormat yang ada dalam diri masing-masing terhadap satu sama lain.

Antara ‘gelaran’ terkenal yang pernah Mourinho berikan kepada Wenger adalah ‘voyeur’ dan ‘specialist in failure’. Wenger juga pernah menolak Mourinho dalam satu perlawanan di Stamford Bridge ketika Mourinho menguruskan Chelsea.

Fight club

Mourinho dan Wenger akan bertemu buat kali terakhir hujung bulan ini apabila Arsenal bertandang ke Old Trafford dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris.

Mourinho percaya Wenger akan mendapat penghormatan sewajarnya dari penyokong Manchester United atas apa yang pernah beliau lakukan sejak dari era Sir Alex Ferguson sehinggalah sekarang.

“Jika Wenger gembira, saya pon gembira. Jika beliau sedih, saya pon sedih. Saya inginkan yang terbaik untuk lawan saya. Jika Wenger gembira dengan keputusannya meletakkan jawatan, saya pon berasa gembira untuk beliau.”

“Jika Wenger berasa sedih dengan keputusan tersebut, saya pon akan berasa sedih. Saya sangat yakin kami [Manchester United] sebagai sebuah kelab ditambah pula Mr. Wenger dan Arsenal merupakan pesaing utama ketika era Sir Alex Ferguson akan memberikan penghormatan yang Wenger berhak dapat pada hari perlawanan nanti.”

Apabila ditanya adakah beliau menyesal dengan apa yang pernah beliau ungkapkan kepada Wenger sebelum ini, ini jawapan Mourinho:

Mourinho pernah menggelar Wenger sebagai ‘pakar dalam kegagalan’. Pedih

“Ia bukan mengenai penyesalan. Saya rasa soalan ini adalah soalan dari mereka yang tidak pernah berada dalam sukan ini. Anda tidak pernah menjadi pengurus mahupun pemain. Sudah tentu anda tidak tahu mengenai perasaan hormat yang wujud di antara satu sama lain.”

“Apa yang penting buat saya adalah bagaimana saya menghormati Arsene Wenger kerana tahap profesionalnya dan juga karier yang dimiliki oleh beliau. Saya sering berkata ramai pihak di luar sana mempunyai memori yang pendek tetapi bagi mereka yang terlibat dalam sukan ini, golongan ini mempunyai memori yang lama.”

“Saya tahu apa yang saya cakapkan. 3 Liga Perdana Inggeris, 7 Piala FA dan juga apa yang Wenger telah lakukan di Perancis dan Jepun. Beliau banyak membantu bolasepak Perancis dan turut memberikan sumbangan yang besar kepada Arsenal ketika era mereka tidak memenangi Liga Perdana Inggeris iaitu perpindahan dari stadium lama ke stadium yang baru dan lebih besar.”

“Kami yang berada dalam sukan ini tahu apa yang Wenger telah lakukan untuk Arsenal.”

BACA:  Coquelin: Saya Sepatutnya Tinggalkan Arsenal Lebih Awal