Mourinho : Saya Rindukan Liga Juara-Juara

Pengurus Manchester United hari ini mengakui bahawa dia merindui suasana nyaman, angin sepoi-sepoi dalam stadium dan gelak tawa penyokong ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Sejak membawa Porto menjuarai UCL pada 2004, ini adalah musim pertama Mourinho tidak merasai suasana UCL.

Lama kan?

Ini semua gara-gara kegagalan bekas pengurus Louis Van Gaal untuk menempatkan United dalam kelompok empat teratas dalam cabaran liga musim lalu. Pada musim ini, setakat 22 perlawanan, United berada di kedudukan keenam liga sejak November 2016 dan ketinggalan 15 mata di belakang anak didik Antonio Conte, Chelsea The Gayat.

Mou memncipta kejayaan di Inter

Mengenai peluang pasukannya untuk ke UCL musim hadapan, Mourinho yakin mereka mempunyai dua pilihan. Pilihan pertama adalah dengan menjuarai Liga Europa kerana sekiranya mereka berjaya, mereka akan mendapat tiket automatik ke peringkat kumpulan UCL.

Pilihan kedua ialah menaikkan United ke sekurang-kurangnya tangga keempat liga sebelum tamat musim, untuk kelayakan ke pusingan kelayakan UCL.

Dalam situasi sekarang, peluang United untuk merealisasikan pilihan pertama dilihat lebih mudah memandangkan mereka seolah-olah enggan melepaskan kedudukan di tangga keenam kepada pasukan lain.

Pada hari ini anak didiknya akan menerima kunjungan Hull City dan sekiranya mereka menang dan jiran mereka, Manchester City, kalah, maka mereka akan naik ke kedudukan tangga kelima liga.

Mourinho dijangka menurunkan barisan terkuat setakat ini dengan tiada masalah kecederaan melanda pasukan Syaitan Merah ini, ditambah lagi dengan peningkatan prestasi beberapa pemain seperti Martial, Mkhitaryan dan Juan Mata.

Mampukah United menang?

Baca Juga

Baca Juga