Mourinho Koyak dan Terus Tutup TV

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho tanpa teragak-agak terus tutup televisyen(TV) yang tergantung di dinding selepas mendengar kritikan yang dilemparkan ke atasnya dalam sebuah dokumentari terbitan Amazon.

Dokumentari dari Amazon berjudul Tottenham: All or Nothing telah disiarkan secara rasmi pada isnin lalu dan tanpa menunggu lama, Jose Mourinho telah mencuri perhatian dunia bola sepak.

Tottenham: All or Nothing satu dokumentari bersiri yang memaparkan perjalanan di sebalik tabir turun, naik dan tergoleknya Spurs bagi musim 2019/20.

Sebanyak 9 episode dibuat bagi dokumentari Tottenham: All or Nothing ini dan disiar secara pukal dengan tiga episode setiap kali bersiaran.

Dokumentari ini memaparkan kekalahan Spur kepada Bayern Munich dengan jaringan 7-2 di Champions League yang membawa pemecatan Mauricio Pochettino pada bulan November.

Jose Mourinho masuk sebagai teman pengganti dan rakaman exclusive dalam dokumentari ini nyata menjanjikan satu hiburan yang maksima.

Bekas pengurus Manchester United dan Chelsea itu telah dirakam menyaksikan reaksi media di kaca TV tentang perlantikan beliau sebagai pengurus baharu Tottenham Hotspur.

Rakaman dibuat di pejabat kelab di Pusat Latihan Enfield, Mourinho mendengar berita sambil membuat nota percaturan taktikal perlawanan.

“Pemergian Pochettino telah menimbulkan huru-hara di media sosial di sosial media. AKu rasa tak pernah lagi aku tengok tindak balas macam ni selepas pengurus dipecat.”

“Sangat menakjubkan. Secara peribadi aku terkejut bila Pochettino dipecat tapi lebih memeranjatkan apabila Jose Mourinho datang. Adakah ini bola sepak yang Spurs mahu bermain?”

Selepas mendengar kenyataan ini, Mourino mula tidak senang duduk dan kerjanya terganggu.

“Aku secara jujur tak bersetuju. Mourinho menang piala di setiap kelab beliau sertai. Champions League, La Liga, Premier League dan di mana saja.”

“Aku bagitau kau, masa terbaik Mourinho telah berlalu, Lihat apa terjadi di United.”

Sejurus mendengar beliau tidak lagi relevan dengan masa kini, Mourinho bingkas bangun sambil mencarut dan terus menutup televisyen yang tergantung itu dan kemabli ke meja.

Nikmatilah rakaman video tersebut.

Hanya beberapa jam sahaja diperlukan Spurs untuk membuat pengumuman baru bahawa mereka telah melantik the special one, Jose Mourinho sebagai penggalas tugas yang ditinggalkan Pochettino.

Beberapa jam sebelum itu, kelab telah melucutkan tugas Mauricio Pochettino dan barisan staf kejurulatihannya, Jesus Perez, Miguel D’Agostino dan Antoni Jimenez.

Jose Mourinho terus menjadi trending di laman Twitter dengan tanda pagar #MourinhoOut selepas satu jam dilantik menjadi pengurus baharu Tottenham Hotspur menggantikan Mauricio Pachettino yang dilepaskan oleh kelab dari London itu.

Pemergian Pochettino yang tidak apa sebarang pertalian dengan Aiman Tino terjadi dengan sangat pantas dan pengumuman penggantinya juga terjadi dengan pantas juga.

Laju sungguh kerja dibuat dan kerana itulah terjadinya huru-hara di media sosial seperti yang disebut dalam video dokumentari itu.

BACA:  Apa Lagi Chelsea Mahu? Kekalahan Kepada City Menimbulkan Persoalan Besar