Mourinho: Tiada Apa Yang Berubah Di Manchester United

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata pasukannya merupakan pasukan yang sama seperti musim lepas selepas mengharungi jendela perpindahan pemain yang mengecewakan.

United hanya membawa masuk 3 pemain baru ke Old Trafford iaitu Fred [Shakhtar Donestk], Diego Dalot [Porto] dan penjaga gol Stoke berumur 35 tahun, Lee Grant yang tiba dengan kontrak selama 2 tahun.

Skuad yang sama, pemain yang sama. Tetapi mengapa dua harga yang berbeza? Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago.

Pemain pertahanan England, Harry Maguire merupakan sasaran utama Mourinho termasuk pemain Spurs, Toby Alderweireld tetapi yuran perpindahan yang tinggi menyebabkan perpindahan ini tidak dapat diteruskan.

Mourinho cuba mendapatkan Diego Godin pada saat akhir, tetapi pemain tersebut menolak tawaran United untuk menandatangani kontrak baru bersama Atletico Madrid.

Dalam nada yang sebak dan kecewa, Mourinho memberitahu Sky Sports skuad Manchester United musim ini sama sahaja seperti musim lepas.

“Semuanya sama, skuad yang sama seperti musim lepas. Kami menukar penjaga gol ke-3 dengan membawa masuk Lee Grant kerana penjaga gol baik seperti Joel Perreira perlu bermain.”

Jangan letak expectation tinggi sangat, tu maksud tersirat Moanrinho. Salahkan Ed Woodward yang tak pandai buat kerja

“Kami menukar Daley Blind dengan seorang pemain berusia 19 tahun [Diego Dalot] kerana kami percaya Dalot mempunyai potensi untuk bermain sebagai bek kiri atau bek kanan. Kami menggantikan tempat Michael Carrick dengan Fred, jadi skuad ini sama sahaja sebenarnya.”

“Fred adalah seorang pemain tengah, bukan striker atau bek tengah. Beliau pemain tengah yang mempunyai kebolehan teknikal yang baik. Kebiasaannya, pemain dari Brazil mempunyai kebolehan teknikal yang tinggi dan pandai bermain bola sepak dengan cantik. Beliau merupakan pemain yang seronok untuk disaksikan, sekiranya beliau cepat menyesuaikan diri.”

Mourinho juga berbincang mengenai rancangan masa depannya bagi menghadapi kempen Manchester United musim ini.

“Saya hanya lihat dan fokus pada pasukan saya. Saya tidak terlalu fokus pada pasukan lain. Kami baru sahaja melalui jendela perpindahan yang senyap. Satu-satunya perkara yang kami perlu lakukan sekarang adalah bekerja keras.”

“Ada beberapa cara untuk anda memperkuatkan pasukan. Satu cara adalah membelanjakan duit dengan banyak dan membawa masuk pemain-pemain ternama. Satu lagi cara adalah dengan bekerja keras, dan itu yang kami akan lakukan.”

Diego Dalot dibawa masuk menggantikan Daley Blind.

“Saya menikmati segala cabaran yang adadalam apa jua keadaan sekali pun kerana saya suka bekerja. Itu sahaja yang saya mampu berjanji kepada peminat Manchester United, iaitu saya akan bekerja keras. Saya sentiasa yakin.”

Mengenai perlawanan pembukaan United menentang Leicester pada awal pagi esok, Mourinho berterus terang berkata ia bakal menjadi perlawanan yang sukar kerana beberapa pemain utama United tidak berada dalam keadaan terbaik kerana Piala Dunia.

“Saya tidak belajar apa-apa. Saya mempunyai pemain yang sama, pasukan yang sama. Perkara yang patut kami lakukan ketika pra-musim akan dilakukan ketika perlawanan sebenar berlangsung. Hampir 1/3 skuad United baru sahaja tiba 2,3 hari yang lepas, jadi ini bukan perkara yang senang.”

BACA:  Sheikh Jassim Kecewa Sikap Berdiam Diri Glazier