Mourinho Tidak Gembira Dengan Persembahan Pemainnya Ketika United Menumpaskan Brighton

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beberapa pemainnya seakan-akan takut untuk bermain bolasepak ketika United mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Brighton dalam pusingan suku akhir Piala FA.

Romelu Lukaku dan Nemanja Matic masing-masing berjaya menjaringakan gol untuk membantu Manchester United mara ke pusingan seterusnya di Wembley.

Serabut weh palo

Walaupun ramai pemain United tidak bermain dengan baik, Mourinho memuji persembahan Matic dalam perlawanan tersebut dimana beliau menyamakan tahap permainan Matic dengan rakan sepasukannya seperti langit dan bumi.

Ketika bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Mourinho tidak gembira denga apa yang beliau lihat dari pemainnya walaupun mereka berjaya mengawal perlawanan. Apabila ditanya siapakah yang dimaksudkan beliau, Mourinho enggan menamakannya.

“Saya lebih suka untuk menamakan pemain yang bermain dengan baik. Matic menampilkan persembahan yang sangat berkualiti.”

“Terdapat beberapa pemain yang seakan-akan takut untuk bermain. Saya rasa ini berkait dengan personaliti pemain itu sendiri.”

Anak emas Mourinho bermain cemerlang

“Apabila langit kelihatan cerah dan kami memenangi perlawanan, semua pemain adalah pemain yang bagus dan mereka mempunyai keyakinan untuk bermain.”

“Tetapi apabila langit menjadi gelap dan kami tewas dalam beberapa perlawanan terakhir, bukan semua pemain mempunyai personaliti dan keyakinan yang tinggi untuk bermain.”

“Tanpa tekanan, pemain saya gagal bermain dengan baik. Setiap pemain akan mempunyai masa dimana mereka bermain dengan buruk dan tidak berasa selesa untuk bermain. Saya dapat rasakan sesetengah pemain mahu saya mengeluarkan mereka dari padang dalam perlawanan hari ini.”

Pemain muda United, Scott McTominay sekali lagi diberi kepercayaan untuk bermain disamping Matic di bahagian tengah United.

Buruk betul permainan McTominay

Mourinho memuji mentaliti yang dimiliki McTominay tetapi beliau menganggap persembahan McTominay dalam perlawanan tersebut sebagai aksi terburuknya sepanjang bergelar pemain Manchester United.

“Scott menunjukkan persembahan terburuknya sejak berada dalam pasukan utama. Tetapi beliau adalah pemain Manchester United. Beliau melakukan banyak kesilapan dan terlepas banyak bola, tetapi pemain ini memiliki personaliti yang cukup bagus.”

“Saya boleh mengkritik beliau, tetapi saya enggan melakukannya. Saya bersikap positif terhadap Scott. Beliau bermain buruk tetapi melakukan perkara asas untuk pasukan. Beliau mempunyai emosi yang seimbang dan tidak takut untuk bermain.”

Salah seorang pemain United yang beraksi buruk dalam perlawanan awal pagi tadi adalah Luke Shaw. Pemain antarabangsa England ini dikeluarkan selepas separuh masa pertama dan digantikan oleh Ashley Young.

Anak tiri Mourinho dikeluarkan kerana sering bocor

“Amat penting buat United untuk mempunyai dua pemain full-back yang aggresif tetapi saya tidak dapat melihatnya dari Luke Shaw dan Antonio Valencia.”

“Saya tidak dapat menukar kedua-dua pemain sekaligus kerana saya akan mempunyai satu baki pertukaran sahaja. Bagi memastikan kami bermain dengan aggresif dan menyerang, saya terpaksa menukar salah seroang daripada mereka dan saya memilih untuk mengeluarkan Luke.”

“Sekurang-kurangnya, Valencia mampu berada dalam kedudukan yang betul. Setiap kali pemain Brighton berada di kawasan Luke, mereka berjaya melakukan hantaran. Saya tidak gembira dengan persembahan yang ditampilkan Luke.”

BACA:  Luke Shaw Mengaku Man United Tidak Cukup Kuat Tapi Yakin Mampu Menang UCL