Mourinho : Tiup Je Angin, Nescaya Mereka Akan Jatuh

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menghamburkan kata-kata pujian kepada pasukan jiran tetangga, Manchester City tetapi menegaskan pemain mereka amat senang jatuh ketika perlawanan.

Mourinho semakin memanaskan atmosfera derbi Manchester malam esok dengan mendakwa anak buah Pep Guardiola suka bermain wayang dan senang untuk merebahkan badan setiap kali dikasari.

Beliau dipetik berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media kelmarin menjelang pertemuan hujung minggu ini. Mourinho turut berkata hubungan beliau dengan Guardiola semakin bertambah baik jika dibandingkan ketika mereka berdua masing-masing mengendalikan pasukan Real Madrid dan Barcelona.

Terdahulu pada awal minggu ini, Mourinho berkata Guardiola cuba bermain permainan minda dengan memberitahu pihak media yang David Silva mungkin tidak dapat diturunkan akibat kecederaan. Mourinho menuduh Guardiola cuba menipunya dan jangkaan beliau tepat kerana Silva telah diumumkan cergas untuk diturunkan dalam derbi Manchester hujung minggu ini.

The Citizens kini berada 8 mata dihadapan pasukan Mourinho dan berpeluang untuk menambahkan jurang tersebut andainya mereka mampu menang di Old Trafford esok. Jika City berjaya memenangi perlawanan itu nanti, mereka bakal mencatatkan kemenangan ke-14 berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris dan memecahkan rekod lama yang dipegang oleh Arsenal (13) dan Chelsea (13).

Belum kena Kame Hame Ha

Mourinho dlihat cuba membuka luka yang telah lama sembuh dengan melakukan provokasi yang lebih panas dengan mengeluarkan kenyataan menuduh pemain City cukup mudah hilang keseimbangan badan di atas padang.

“Mereka [pemain Manchester City] bertahan dengan sangat baik, dan bertindak pantas setiap kali kehilangan bola. Mereka amat dinamik ketika menyerang. Pasukan mereka kerap melakukan pergerakan yang kreatif kerana memiliki pemain yang baik dan pengurus yang bagus.’

“Mereka memiliki banyak perkara yang bagus. Jika kamu menanyakan saya apa perkara yang saya tidak gemari mengenai Manchester City, ianya adalah mereka jatuh dengan cukup mudah. Tiup je angin dan mereka akan jatuh.”

Untuk rekod City telah berjaya memenangi 4 penalti musim ini iaitu jumlah tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris. Bulan lepas, pengurus Arsenal, Arsene Wenger mencetuskan kontroversi selepas menuduh Raheem Sterling seorang pelakon yang bagus berikutan insiden beliau dijatuhkan Nacho Monreal dalam kotak penalti.

City dianugerahkan sepakan penalti selepas itu dan Sergio Aguero mudah menyempurnakan penalti tersebut untuk gol kedua City dalam perlawanan tersebut. Mereka menang 3-1.

Mourinho dan gurunya Van Gaal

Mourinho turut menambah yang Pep Guardiola menerima layanan istimewa dari pihak penganjur Liga Perdana Inggeris kerana tidak menerima sebarang hukuman selepas memakai reben kuning di lengannya ketika perlawanan sebagai tanda sokongan Guardiola terhadap tahanan politik di tanah kelahirannya, Catalonia.

“Saya percaya ideologi politik dan kepercayaan politik adalah sesuatu yang berhak kita miliki. Kami adalah rakyat jelata biasa, sama seperti setiap penduduk dunia yang lain. Saya sudah mengenali Pep sejak sekian lama. Jadi saya tahu apa perasaannya mengenai apa yang berlaku di Catalonia sekarang.”

“Tetapi wajarkah beliau membawa perkara ini ke dalam bolasepak? Saya tidak tahu peraturan sebenar. Jika peraturan liga membenarkannya melakukan perkara tersebut, tidak mengapa kerana beliau berhak mengundi. Tetapi saya tidak pasti samada peraturan membenarkan sebarang mesej politik dipaparkan dalam padang. Saya meragui perkara tersebut.”

Baca Juga

Baca Juga