Mourinho: United Berjaya Runtuhkan Tembok Berlin Untuk Raih Kemenangan

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata pasukannya terpaksa bekerja keras untuk mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield Town dalam perlawanan yang berlangsung semalam di Old Traoffrd.

Barisan pertahanan Huddersfield utuh bertahan pada separuh masa pertama dengan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

Mujur tembok Berlin tidak sekental bas aku

Romelu Lukaku akhirnya meleraikan kedegilan Huddersfield dengan menjaringkan gol pembukaan United selepas menerima hantaran cantik daripada Juan Mata dari sebelah sayap kiri.

Tidak lama selepas itu, giliran Alexis Sanchez pula mencetak nama selaku penjaring. United dianugerahkan sepakan penalti selepas Sanchez dijatuhkan dalam kotak penalti. Sanchez ditugaskan mengambil sepakan penalti tersebut.

Sepakan penalti yang diambil Sanchez berjaya ditampan penjaga gol Huddersfield tetapi bola jatuh di depan gawang dan pemain antarabangsa Chile ini tenang menolak masuk bola untuk gol kedua United.

Scott McTominay, pemandu bas baru United. Mungkin pengganti kepada Pogba yang keras kepala.

Mourinho memuji disiplin yang ditunjukkan barisan pertahanan Huddersfield sehingga menggelarnya sebagai ‘Tembok Berlin’. United mendominasi separuh masa pertama tetapi gagal meruntuhkan tembok yang dibina Huddersfield sehinggalah jaringan Lukaku.

“Kami mendominasi keseluruhan perlawanan tetapi pada separuh masa jaringan masih lagi 0-0. Saya rasa kami mempunyai penguasaan bola sehingga 85% pada separuh masa pertama tetapi masih lagi belum cukup untuk menjaringkan gol.”

“Kami melakukan perkara yang sama pada separuh masa kedua dan ketika kedudukan 1-0, kami masih lagi mengekalkan penguasaan perlawanan. Garisan pertahanan kami amat jauh dari kawasan bahaya.”

“Kami kekal sabar dan terus mengekalkan intensiti yang tinggi. Kami dipaksa bekerja keras untuk meruntuhkan ‘Tembok Berlin’ yang dibina dengan baik sekali oleh pengurus Huddersfield, David Wagner.”

Rekod pembelian United hanya bermula dari bangku simpanan semalam.

Dengan kemenangan ini, United kini mengumpul 56 mata dan berada di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris. Dengan City keciciran mata selepas seri menentang Burnley, jurang mata di antara United dan City kini adalah 13 mata.

Manakala buat Huddersfield, kekalahan di tangan United melihat mereka terjerumus ke zon penyingkiran buat pertama kali musim ini. Huddersfield berada di tangga ke-19 dengan mengumpul 24 mata.

BACA:  Manchester United Tidak Akan Menang Liga Lebih Dari 30 Tahun Lagi - Penyokong Liverpool