#MourinhoOut Jadi Trending Selepas Sejam Dilantik

Jose Mourinho terus menjadi trending di laman Twitter dengan tanda pagar #MourinhoOut selepas satu jam dilantik menjadi pengurus baharu Tottenham Hotspur menggantikan Mauricio Pachettino yang dilepaskan oleh kelab dari London itu.

Pemergian Pochettino yang tidak apa sebarang pertalian dengan Aiman Tino terjadi dengan sangat pantas dan pengumuman penggantinya juga terjadi dengan pantas juga. Laju sungguh kerja dibuat.

Berbicara mengenai perlantikan beliau sebagai pengurus baharu Tottenham Hoyspur, Jose Mourinho sangat teruja dengan warisan, skuad dan akademi yang ada di Spurs.

“Aku sangat teruja menyertai kelab yang mempunyai warisan yang hebat dan penyokong yang penuh semangat. Kualiti yang ada pada pasukan dan akademi menambah keterujaan aku. Bekerja bersama para pemain ini merupakan satu tarikan buat aku.”

Pochettino dilepaskan kerana mempamerkan prestasi yang buruk sejak awal musim dan kini Spurs berada di tangga ke-14 Premier League dan perubahan dirasakan perlu oleh pihak pengurusan Spurs.

Bukan saja Mourinho menjadi bualan malah #MourinhoOut juga galak dan mencanak mendaki untuk menjadi trending dan menjadi bualan peminat yang mahukan Mourinho dipecat.

Ajaib bukan, belum apa-apa dah mahukan Mourinho dipecat. Betapa bencinya mereka-mereka ini dengan Mourinho yang sangat disenangi ramai ketika menjadi penganalisis bola sepak.

Dah 53 tahun sokong dan kini tidak lagi sehingga Mourinho keluar.

Kebencian yang nyata dari penyokong Spurs.

Baca Juga

Baca Juga