MSN Hancurkan harapan Arsenal Dan Messi Cipta Rekod

BARCELONA: Satu lagi perlawanan dan satu lagi rekod dicipta oleh Lionel Messi – kali ini menentang Arsenal.

Penyerang sensasi itu meledak gol ketiga ketika kelab itu Catalan menang bergaya 3-1 ke atas skuad The Gunners menerusi gerakan menarik menewaskan David Ospina daripada jarak dekat.

Namun gol itu masih belum dapat menandingi gol yang menjadi tumpuan pada aksi pagi tadi iaitu gol akrobatik daripada Luis Suarez yang membolehkan Barcelona mendahului 2-1.

Apapun, gol Messi itu adalah jaringan kesembilannya menentang Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara.

Ini sekali gus, menyaksikan tiada pemain lain yang pernah meledak gol terbanyak menentang satu pasukan dalam sejarah Liga Juara Juara.

Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar (MSN) membuktikan mereka terlalu handal buat Arsenal apabila ketiga-tiganya meledak untuk membenam lawannya itu 3-1, sekali gus menyaksikan juara bertahan itu mara bergaya ke suku akhir Liga Juara Juara dengan agregat 5-1.

Highlight Barcelona 3-1 Arsenal

Baca Juga

Baca Juga