Nani Yakin Ronaldo Akan Terus Menjaringkan Gol

Luís Carlos Almeida da Cunha atau nama manjanya Nani menaruh sepenuh keyakinan kepada Ketua Pasukan Portugal Cristiano Ronaldo, Nani yakin dengan reputasi Ronaldo dan percaya Ronaldo akan terus menjaringkan gol di pentas Euro 2016.

Berada di bawah kepimpinan Ronaldo Nani juga percaya skuad Portugal masih berkeyakinan tinggi meskipun belum mencatatkan sebarang kemenangan dan tetap layak ke Round Of 16.

“Semua mengenali Cristiano dan apa yang mampu dilakukannya pada setiap masa, setiap minit dalam perlawanan,” kata Nani.

“Saya 100 peratus yakin yang dia akan terus dan terus menjaringkan lebih banyak gol selepas ini.

“Tiada siapapun yang boleh bercakap sesuatu yang buruk mengenai dirinya. Dia adalah pemain yang menakjubkan. Dia menunjukkan ketika menentang Hungary dan semua orang bercakap mengenainya, dia sudah menutup mulut semua orang ketika ini.

“Saya fikir Cristiano (Ronaldo) sentiasa berada di sana, sentiasa bermain dengan baik buat kami sepanjang kejohanan.”

“Sebarang pasukan yang kami temui, kami mesti percaya yang kami boleh menang jadi kami tidak kira siapa yang kami temui selepas ini,” katanya.

Portugal dijadual menentang Croatia di peringkat 16 terakhir, esok dan sekali pun masih gagal mencatat kemenangan setakat ini, Nani percaya skuad itu masih berkeyakinan tinggi.

Sumber : Berita Harian

Baca Juga

Baca Juga