Nasir Basharuddin Sudah Keluar Dari Kecederaan?

Buat pertama kali pada musim ini, dua minggu lepas nama Nasir Basharuddin mula tersenarai dalam pasukan Perak.

Berada dalam senarai pemain simpanan ketika bertemu Pahang (0-1) di Ipoh.

Seminggu seterusnya beliau dimasukan pada 3 minit terakhir ketika menentang PKNP (4-0).

Ia merupakan penampilan pertama sejak 9 bulan.

Kali terakhir Nasir muncul bersama pasukan ini adalah pada 2 September 2018.

Ketika itu Perak menentang Terengganu (2-1) di Kuala Terengganu. Perlawanan ke-5 peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Dimana Perak menjulang Piala tersebut menewaskan pasukan yang sama di perlawanan akhir melalui sepakan penalti selepas terikat 3-3.

Ketika pra musim 2019, cerita lilitan tangan (kapten) akan diberikan kepada Shahrul Saad bagi mengetui cabaran Perak menjadi salah satu topik.

Tidak dinafikan nama Nasir mempunyai nilai yang baik di Perak. Menjadi simbol besar kepada pasukan itu persis Shahrulnizam Mustafa.

Cuma kecederaan pemain ini berulang dan sedikit merencatkan pencapaiannya bersama pasukan.

Pada musim lepas Nasir mendapat musim yang agak baik sebelum kecederaan melandanya sekali lagi.

Bersama 73% dalam cabaran liga super yang membawa Perak menjadi pasukan ke-2 terbaik bersama Leandro.

Menjadikan Brendan Gan sebagai pilihan ke-2 selepasnya.

Sama seperti musim ini, pada musim lepas Nasir tidak bermula hampir sebulan selepas liga bermula.

Bermula di perlawanan ke-5 menentang Selangor (3-0), Nasir membawa Perak mencatat 5 kemenangan berturut-turut selepas itu.

Nasir terlibat 100% dalam kempen Piala Fa 2018 (4 perlawanan) sebelum tewas kepada PKNS secara agregat 3-4 di suku akhir.

Mehmet terus memberi kepercayaan kepada pemain ini dalam kempen Piala Malaysia.

Terlibat 4/5 perlawanan di peringkat kumpulan ketika Perak mencatat 3 menang, 1 seri, dan 1 tewas.

Ketika Perak mengalami kekalahan tunggal tersebut (3-4/Terengganu), Nasir direhatkan.

Selepas itu nama Nasir tersisih selama 9 bulan akibat kecederaan.

Adakah pemain berusia 29 tahun ini sudah keluar sepenuhnya dari kecederaan dua minggu lepas?

Sekurang-kurangnya memberi lebih pilihan kepada Mehmet ketika situasi Brendan yang tidak boleh bermain selama 2 bulan (19 feb-7 apr).

Yang mana pada ketika itu Shahrul Saad terpaksa menampung ketiadaan pilihan sekurang-kurang 4 perlawanan sebagai pemain tengah.

Baca Juga

Baca Juga