Nathan Aké Lakukan Aksi Penyelamatan Berkelas Dunia Bantu City Tewaskan Arsenal

Nathan Aké cemerlang melakukan aksi penyelamatan atas garisan yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk membantu Manchester City mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan Arsenal malam semalam.

Kehebatan beliau menyelamatkan bola di atas garisan telah membantu Man City mengelak dari keciciran mata bertemu Arsenal di Emirates.

Aksi pertembungan antara Arsenal bertemu Manchester City sememangnya merupakan perlawanan yang sangat panas dan penuh dengan kontroversi.

Arsenal yang awalnya mendahului perlawanan gagal untuk konsisten dengan mereka melakukan beberapa kesilapan dungu yang menyebabkan diri sendiri kehilangan mata.

Menghadiahkan penalti kepada pasukan pelawat dan mendapatkan kad merah paling sia-sia merupakan dua punca utama mengapa Arsenal terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 di tangan Manchester City.

The Gunners sendiri sebenarnya tidak menjangka yang mereka mampu memberi saingan kepada pendahulu saingan Premier League, Manchester City dalam perlawanan pada hari ini.

Skuad kendalian Pep Guardiola bergelut untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan ini, seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan selesa mereka di puncak saingan liga.

Manchester City pada ketika ini 11 mata mengatasi Chelsea, dan 12 mata di hadapan Liverpool dengan kedua-dua pesaing mereka itu masih ada kelebihan perlawanan yang belum dimainkan.

The Gunners mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan pada aksi babak pertama perlawanan, dengan mereka berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-31 menerusi Bukayo Saka.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu terus menerus mengasak kubu City pada aksi babak kedua permainan, namun ia hanya bertahan sehingga minit ke-53 permainan sahaja.

Arsenal menghadiahkan sepakan penalti kepada Manchester City, selepas Granit Xhaka didakwa menjatuhkan Bernardo Silva di dalam kotak penalti.

Pengadil perlawanan pada awalnya memutuskan tiada sepakan penalti untuk Manchester City, namun selepas merujuk VAR, beliau mengubah keputusannya.

Beliau kemudiannya menghadiahkan sepakan penalti kepada Manchester City dan turut melayangkan kad kuning kepada pemain midfield Switzerland itu.

Sebaik sahaja Riyad Mahrez berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut, pemain centre-back Arsenal, Gabriel Magalhaes telah dilayangkan kad kuning kerana melakukan tindakan dungu sebelum sepakan penalti di ambil.

Tidak cukup dengan kedunguan beliau mendapat kad kuning sia-sia, Gabriel kemudiannya dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Jesus beberapa minit sahaja selepas itu.

Sebaik menyamakan kedudukan City dilihat berpotensi untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini dengan mereka tidak henti-henti melancarkan siri serangan ke kubu Gunners.

Walau bagaimanapun mereka sebenarnya hampir sahaja melakukan kesilapan dungu yang menyebabkan gawang mereka dibolosi dengan gol sendiri yang paling kelakar.

Mujur saja Nathan Aké muncul menyelamatkan keadaan dengan melakukan aksi penyelamatan atas garisan yang sungguh menakjubkan.

Aksi penyelamatan atas garisan berkelas dunia dari Nathan Aké

Ruben Dias dan Ederson hampir sahaja berganding bahu untuk menghasilkan gol paling kelakar tahun 2022 yang baru sahaja masuk hari pertama semalam.

Dias melihat Ederson keluar dari kawasan gol untuk menyelamatkan bola, namun entah apa ada dalam fikirannya, beliau menanduk bola itu melepasi kepala penjaga gol dari Brazil itu.

Ketika bola sedang melantun menuju untuk masuk menerjah jaring gawang gol mereka sendiri, kedua-dua Ederson dan Dias hanya mampu melihat sahaja bola itu bergerak sambil menunjukkan reaksi kecewa.

Namun begitu, Nathan Aké tidak menyerah dan menunjukkan kualiti hebat yang beliau miliki, dengan beliau berusaha mengejar bola tersebut dan menghalangnya dari masuk ke gawang gol mereka sendiri.

Beliau sempat mengeluarkan bola betul-betul berhampiran garisan gawang gol, dengan bola tersebut kemudiannya pergi tepat ke arah Gabriel Martinelli.

Mujur saja Martinelli kurang bijak dan sedikit gelojoh, dengan bola clearance dari Aké itu dirembat jauh tersasar dari gawang gol City.

Agak tidak masuk akal juga untuk melihat Gabriel Martinelli boleh terlepas kesempatan untuk menjaringkan gol dari kesempatan seperti itu.

Ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan, Rodri berjaya meledak gol kemenangan untuk Manchester City menewaskan Arsenal 2-1.

Kemenangan ini membantu Manchester City terus mengukuhkan kedudukan mereka di puncak carta saingan Premier League, dengan mereka kini sudah mengumpul 53 mata dari 21 perlawanan.

Sementara untuk Arsenal pula, kekalahan ini sebenarnya membuka ruang untuk mereka dipintas oleh West Ham, Tottenham Hotspur dan Manchester United yang semakin hampir untuk memintas mereka.

Sumber: twitter

BACA:  Tak Konsisten Punca Liverpool Gagal Tandingi Man City