Nemanja Vidic Menamakan Empat Penyerang Paling Digeruni

Nemanja Vidic telah menyenaraikan empat penyerang dianggap terbaik di Premier League yang pernah beliau hadapi.

Jika sebelum ini, Vidic pernah menceritakan betapa Torres menjadi masalah utama beliau ketika menjadi pertahanan setan merah.

Namun dalam senarai empat penyerang ini nama Torres tidak disenaraikan. Mungkin Torres hanya memberi beliau masalah dalam perlawanan Derby United dan Liverpool sahaja.

Dengan tidak menyenaraikan Torres, empat penyerang yang Vidic senaraikan adalah Peter Crouch, Didier Drogba, Sergio Aguero dan Luis Suarez.

Pemilihan Peter Crouch sebagai penyerang paling memberinya masalah sedikit mengejutkan. Tetapi menurut Vidic, Crouch penyerang yang paling sukar untuk diramal.

“Pengalaman pertama saya dengan Peter Crouch adalah saya sangat terkejut melihat seorang pemain yang mempunyai ketinggian dua meter dan saya tidak pernah bertemu penyerang yang setinggi itu dalam karrier saya.”

“Beliau bermain untuk Liverpool dan kami bertemu dalam satu perlawanan di Anfield. Apa yang bermain difikiran saya ketika itu adalah macam mana saya nak uruskan dia dalam perlawanan itu.”

“Kemudian saya melihat Bellamy di sebelahnya, beliau bukanlah pemain yang hebat,tetapi beliau seorang pemain yang pantas.”

“Beliau akan melarikan bola ke satu sudut dan Crouch sedia untuk melompat memenangi bola di udara. Saya tidak pernah melihat pemain seperti ini.”

Cerita Vidic kepada Andy Mitten dari The Atlhletic.

“Saya tidak pernah bertemu gandingan sebegini, seorang yang boleh menjaringkan gol dan seorang pemain laju disisinya. Saya boleh uruskan mereka kalau bertemu salah seorang darinya. Tapi untuk hadapi kedua-dua dalam satu masa itu sangat sukar.”

“Saya tidak tahu macam mana nak uruskan Crouch yang dengan mudah menangi bola di udara dan kami tewas dalam perlawanan itu.”

Didier Drogba pula pernah dilayangkan kad merah dalan perlawanan akhir Liga Juara-juara tahun 2008 kerana menampar Vidic.

Bekas pemain pertahanan tengah Inter Milan itu menganggap legenda Chelsea itu sebagai seorang penyerang yang sangat bijak.

“Beliau seorang penyerang yang bijak yang akan selalu menghantui bahagian pertahanan lawan.”

Kata Vidic lagi.

Aguero menjadi mimpi ngeri untuk Vidic dikala beliau sudah hampir untuk bersara. Dan beliau juga mendakwa Aguero adalah pemain yang bertanggungjawab keatas salah satu aksi paling buruk dalam kariernya.

Pada tahun 2013, Aguero dan Alvaro Negredo telah menjinakkan United dalam satu perlawanan dengan keputusan 4-1. Vidic menganggap perlawanan itu adalah aksi terburuk beliau sepanjang kariernya.

“Saya bertemu Aguero dalam perlawanan kami dibelasah 4-1 ketika era pengendalian Moyes.”

“Rupa Aguero seperti seorang yang tidak berminat hendak bermain bola sepak.”

“Dia tidak nampak seperti seorang yang akan berlari sejauh 10 meter membawa dan merembat bola padu.”

“Saya yakin, Aguero dilahirkan sebagai seorang pemain pertahanan. Dia tahu mana bola akan datang mana nak lari mana boleh serang dia tahu sepertinya dia itu pertahanan bukan penyerang.”

“Itu adalah perlawanan terburuk saya untuk united.”

Suarez juga salah seorang pemain yang sering memberi masalah kepada Vidic. Menurut Vidic sendiri, Suarez adalah pemain yang tidak pernah kenal erti penat ketika dalam padang.

“Saya rasa dia sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan tetapi dia berjaya. Dia seorang penyerang yang merbahaya dan sentiasa dahagakan jaringan.”

“Dia boleh berlari tanpa henti sepanjang perlawanan, dia seperti manusia yang ada tabung tenaga dalam badannya.”

Peter Crouch, Didier Drogba, Sergio Aguero dan Luis Suarez adalah empat penyerang paling berbahaya menurut Vidic.

BACA:  Nemanja Vidic Dakwa Jones & Smalling Setaraf Dengan Van Dijk