Net Worth 10 Handalan Snooker Dunia

Permainan snooker merupakan salah sebuah sukan yang paling terkenal di Britain sejak zaman 1870 lagi dan kekal menjadi aktiviti dalaman kesukaan ramai.

Bekas Perdana Menteri Britain, Sir Neville Chamberlin telah memberikan sukan tersebut identiti tersendiri ketika beliau bertugas sebagai pegawai tentera pada tahun 1884.

Sejak itu, sukan ini berkembang serta semakin dikenali ramai dan menjadi salah satu acara terbesar setiap tahun di Crucible di Sheffield.

Menggunakan data dari sportingfree.com berikut merupakan senarai ahli snooker terkaya di dunia.

Sebelum masuk ke senarai 10 terkaya, berikut merupakan lima jaguh snooker yang berada di kedudukan 15 terkaya di dunia.

15. Stuart Bingham – £2,400,000

14. Ding Junhui – £2,940,000

13. Shaun Murphy – £3,280,000

12. Judd Trump – £3,450,000

11. Neil Robertson – £3,690,000

#10 – Mark Selby

Mark Selby diletakkan di kedudukan ke-10 dalam senarai ini dengan beliau sepanjang kariernya telah memperoleh £4,400,000.

Bintang dari Leicester itu telah memenangi empat kejuaraan dunia dan beliau juga pernah memenangi sembilan kali gelaran triple crown meletakkan beliau di belakang Steve Davis (15), Stephen Hendry (18) dan Ronnie O’Sullivan (20).

Selby pada ketika ini berada di kedudukan kedua dunia.

#9 – Peter Ebdon

Ebdon sepanjang kariernya beliau telah memperoleh £6,700,000 dan beliau telah mengumumkan persaraannya pada tahun 2020 ekoran dari kecederaan leher yang dialaminya.

Sepanjang bergelar pemain snooker profesional selama 29 musim, Ebdon pernah memenangi World Championship pada tahun 2002 yang lalu dengan menewaskan Stephen Hendry.

#8 – John Parrot

Parrot memulakan karier beliau pada tahun 1983 dan aktif bermain sehingga 2010. Sepanjang kariernya beliau telah memperoleh £7,000,000.

Ahli snooker berbangsa Scouser ini sudah sembilan kali masuk dalam ranking terbaik dunia dan pernah memenangi sekali World Championship.

Lebih dikenali sebagai ‘The Entertainer’, Parrot menderita kekalahan teruk dalam kejuaraan dunia kepada Steve Davis pada tahun 1991.

Fakta menarik tentang beliau, John Parrot sebenarnya abang ipar kepada legenda Everton, Duncan Ferguson.

#7 – Ken Doherty

Ken Doherty sepanjang kariernya beliau telah memperoleh £7,200,000. Beliau juga pernah memenangi World Championship pada tahun 1997 selepas menewaskan Stephen Henry.

Beliau dikenali sebagai bintang yang bijak dalam taktik dan master dalam break-builder dengan Doherty mempunyai lebih dari 300- century breaks.

#6 – Mark Williams

Mark Williams merupakan handalan dari Wales dan beliau telah melakukan debut profesionalnya pada tahun 1992.

Sepanjang kariernya, beliau telah memperoleh £8,500,00 dan bintang Wales itu ketika ini berada di kedudukan ke-11 dunia selepas memenangi tiga kali World Championship.

Fakta menarik tentang beliau, Mark sememangnya telah mengharungi karier yang mengagumkan dengan mampu mencapai pelbagai kejuaraan walau beliau sebenarnya buta warna.

#5 – Jimmy White

Siapa saja peminat snooker yang tidak kenal dengan Jimmy White. Namun satu hal yang mungkin ramai tak tahu, beliau sebenarnya belum pernah memenangi gelaran World Championship.

Beliau pernah memenangi UK Championship, The Master dan The Nations Cup. Jimmy White juga pernah dua kali memenangi Piala Dunia dan juga British Open.

Sepanjang kariernya yang gemilang, The People’s Champion itu telah memperoleh £9,400,000.

#4 – Steve Davis

Steve Davis berada di kedudukan keempat dalam senarai ini selepas memperoleh £11,000,000 sepanjang kariernya.

Beliau merupakan nama yang cukup besar dalam dunia sukan snoker dan dianggap legenda terhebat sepanjang zaman.

Beliau merupakan enam kali World Champion, tiga kali Master Champions dan 15 kali Triple crown Champions.

Davis turut memenangi anugerah BBC Sports Personality of the Year pada tahun 1988 dan sehingga kini hanya beliau sahaja pemain snooker yang pernah menerima anugerah tersebut.

#3 – John Higgins

Pemain snooker kelahiran Scotland yang ketika ini berusia 45 tahun itu berada di kedudukan ketujuh dunia. Aksi beliau bermain snooker sungguh menghiburkan peminat dengan beliau digelar The Wizard of Wishaw.

Beliau sepanjang kariernya telah memperoleh £11,000,000 selepas memulakan karier profesionalnya pada tahun 1992.

Higgins pernah 31 kali memenangi ranking tittles dan empat kali World Championship sepanjang kariernya.

#2 – Stephen Hendry

Stephen Hendry jauh mengatasi bintang lain selepas beliau sepanjang kariernya memperoleh £30,000,000.

Hendry pernah tujuh kali bergelar Juara dunia, beliau juga memegang rekod pemain paling kerap berada di kedudukan pertama dunia (9 kali) dan turut memenangi 18 kali gelaran Triple Crown Champions.

Hanya O’Sullivan sahaja yang berjaya mengatasi rekod Triple Crown Champions dan total ranking lebih tinggi berbanding Hendry.

#1 – Ronnie O’Sullivan

Ia jelas menunjukkan The Rocket sekali lagi berjaya menewaskan The Golden Boy dengan Ronnie O’Sullivan memperoleh £30,000,000 sepanjang kariernya.

O’Sullivan merupakan enam kali World Champions dan turut memegang rekod tujuh kali kejuaraan Master Champions.

Beliau juga memegang rekod sebagai tujuh kali UK Champions dengan Ronnie jelas dianggap sebagai ahli snooker terhebat dan terbaik di dunia.

Beliau melakukan debutnya pada tahun 1992 dan masih aktif bermain sehingga kini. Beliau ketika ini berada di kedudukan ketiga dunia dan merupakan ahli snooker paling terkenal di dunia.

Baca Juga

Baca Juga