Netizen Indonesia Percaya Thailand Menang Hasil Bantuan Mafia Bola Sepak

Para penyokong Indonesia menganggap wujudnya mafia bola sepak yang mengatur perjalanan dalam saingan AFF Suzuki Cup tahun ini.

Sebaik skuad Garuda dibelasah 4-0 oleh Thailand dalam aksi perlawanan akhir pertama malam semalam, netizen Indonesia mula membangkitkan isu mafia bola sepak di laman media sosial.

Mereka bahkan turut menuduh para pemain Indonesia sebenarnya menerima suapan dari mafia bola sepak dan kerana itu persembahan para pemain sangat mendukacitakan.

Hal ini hangat di bahaskan di media sosial dan satu hal yang pasti, para penyokong tak boleh terima melihat pasukan kesayangan mereka diaibkan dalam aksi perlawanan akhir.

Bahkan mereka turut menuduh yang terlalu banyak keputusan meragukan dari pengadil perlawanan ketika aksi perlawanan akhir, yang menyebabkan Indonesia menjadi mangsa keadaan.

Lebih mengejutkan lagi, ada peminat yang menuduh pengadil berkhidmat untuk mafia bola sepak hanya kerana melihat logo Grand Sport berada di baju pengadil dan jersi skuad Thailand.

Mereka percaya Grand Sport merupakan antara pihak yang terlibat dengan mafia bola sepak dan jelas sekali kerana syarikat gergasi sukan itu berpusat di Thailand.

Kebanyakan peminat mempertikaikan tentang mengapa skuad Indonesia boleh beraksi sangat cemerlang sepanjang kejohanan tahun ini, namun mereka mempamerkan aksi yang terlalu hambar ketika aksi perlawanan akhir malam semalam.

Kerana itulah para penyokong menganggap yang mafia bola sepak bertanggungjawab atas apa yang berlaku ketika aksi kemenangan 4-0 Thailand menewaskan Indonesia malam semalam.

Bukan hanya menuduh Thailand membeli pengadil, bahkan mereka turut menuduh skuad Gajah Perang sudah membeli para pemain Indonesia.

Adakah mereka lupa apa yang berlaku pada aksi separuh akhir ketika bertemu Singapura? Adakah pengadil ketika itu dibeli oleh mafia bola sepak Indonesia?

Di Indonesia pada ketika ini turut sedang hangat membahaskan tentang mafia bola sepak yang kononnya mengatur aksi perlawanan akhir antara mereka bertemu Malaysia pada tahun 2010 yang lalu.

Mereka menuduh yang perlawanan pada ketika itu sudah dibeli oleh Malaysia dan skuad Garuda pada ketika itu sengaja kalah untuk membenarkan Harimau Malaya menjadi Juara.

Hujah yang sama turut digunakan, dengan mereka mempertikaikan mengapa skuad Indonesia pada ketika itu sangat cemerlang ketika aksi peringkat kumpulan, namun menjadi lemau dalam perlawanan akhir.

Empat pemain pertahanan Indonesia pada ketika itu telah dituduh mengambil rasuah dan menjadi punca Indonesia tewas kepada Malaysia.

Mereka menganggap gol-gol jaringan Malaysia ketika menewaskan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sangat meragukan.

Kini bukan hanya netizen yang memperdebatkan hal tersebut, bahkan media-media Indonesia turut menyuarakan hal yang sama.

Mungkin hanya selepas skuad Garuda menang baru mereka percaya yang mafia bola sepak itu tidak mengatur penuh perlawanan-perlawanan yang ada.

Bagaimana kalau situasi yang berlaku pada Singapura kemarin terjadi kepada mereka? Menyebabkan mereka tersingkir di pusingan separuh akhir?

Sudah tentu pelbagai lagi tuduhan yang akan dilemparkan kepada pelbagai pihak, kerana menyebabkan skuad Indonesia tewas.

Bahkan ada peminat yang mencadangkan kepada netizen Indonesia agar mereka turut sama bertaruh untuk pasukan lawan, agar mafia bola sepak akan berikan kemenangan kepada Garuda.

Mungkin mereka boleh cuba mengikuti cadangan tersebut, kalau dah ramai sangat memilih Thailand, dah tentu mafia suruh Indonesia menang kan?

Budaya bola sepak yang tak matang, menuduh pasukan lawan, menuduh penganjur, menuduh pasukan sendiri, hanya kerana kecewa keputusan perlawanan tidak seperti yang mereka harapkan.

BACA:  Piala Asia: Indonesia Buat Laporan Rasmi Kepada AFC Mutu Pengadilan Lawan Iraq