Netizen Malaysia Bangga Paul Pogba Layan Omar Dan Hana

Netizen Malaysia bangga Paul Pogba layan Omar dan Hana ketika bintang Perancis itu berkongsi gambar TV barunya di laman instagram miliknya.

Pogba memuat naik gambar TV untuk memberitahu para pengikutnya yang beliau baru membeli Television tersebut.

Apa yang menariknya, rancangan yang muncul di kaca TV tersebut adalah siri animasi Omar dan Hana, maka dengan itu, muat naik tersebut dikerumun oleh netizen Malaysia yang mengklaim rancangan tersebut.

“Bersama TV C72+ terbaru dari TCL dan skrinnya XXL. Sesi wayang bersama keluar dan di rumah.”

Netizen Malaysia kemudiannya membanjiri muat naik tersebut dengan meninggalkan komen.

“Woi Pogba layan Omar dan Hana woi, bangga woi, dia belajar doa dari Omar Hana woi.”

“Bukan ke tu cerita Omar dan Hana? Bangganya Paul Pogba pun layan cerita animasi kita.”

“Terharu kejap, rupanya minat saya dengan Pogba sama, jom kita semua belajar doa dari Omar dan Hana.”

“Mesti Omar dan Hana trending lepas ni, Pogga tu yang layan, bukan biasa-biasa ni,”

“Tak sangka Pogba pun layan Omar dan Hana, comelnya. Makin minat pulak dengan dia lepas ni.”

Begitulah komen-komen dari netizen berkait gambar yang dimuat naik oleh Paul Pogba di laman instagram miliknya.

Omar Dan Hana

Omar dan Hana merupakan siri kartun kanak-kanak berkonsepkan islamik dan ia dihasilkan oleh Sixteen South Tvokids dan Digital Durian.

Siri kartun Omar dan Hana mengandungi unsur dan ciri-ciri Islam yang mana ia banyak memberi tunjuk ajar serta tauladan yang baik pada penonton.

Siri ini juga berkisar tentang perjalanan Omar, Hana, Keluarga mereka dan rakan-rakan mereka yang belajar/mengajar tentang nilai-nilai murni dalam Islam.

Omar dan Hana mempunyai dwi bahasa Melayu dan Inggeris dengan siri animasi tersebut turut mendapat sambutan di dalam dan luar negara.

Paul Pogba yang mempunyai 48.1 juta pengikut di laman instagram telah memuat naik gambar tersebut, dan ia telah mendapat 380,000 tanda sukaan pada ketika artikel ini ditulis.

Pogba pada musim ini merupakan antara pemain terpenting Manchester United dengan beliau memulakan kempen musim baharu ini dengan sangat sempurna.

Dari empat perlawanan awal liga, Pogba sudah berjaya mencatatkan 7 assists yang mana ia merupakan rekod baru dalam kancah saingan Premier League.

Beliau ketika ini hangat dikaitkan dengan hakal meninggalkan kelab selepas kontraknya tamat pada penghujung musim nanti.

Namun aksi yang Pogba persembahkan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang beliau mahu meninggalkan kelab, sebaliknya beliau nampak gembira di Old Trafford.

Walau bagaimanapun, tokoh paling jahat di Old Trafford, yang juga ejen kepada Pogba, Mino Raiola tidak henti-henti mencetuskan kontroversi dan senasasi berkait masa depan pemainnya itu.

Pihak kelab sedang melakukan rundingan dengan Pogba dan berharap agar beliau bersetuju untuk kekal kerana setan merah sudah menyediakan tawaran yang sangat istimewa untuknya.

Kehadiran Jadon Sancho, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo dikatakan sedikit membantu pihak kelab dalam usaha memujuk Pogba dengan pemain kebangsaan Perancis itu berpuas hati dengan perkembangan positif yang ditunjukkan oleh kelab pada ketika ini.

Sumber: Wiki

Instagram Pogba

BACA:  Deschamps Kritik Penyokong Perancis Yang Mengecam Pogba