Netizen Tergamam Ronaldo Meraikan Gol Dengan Sujud Syukur

Cristiano ada banyak sekali keraian gol. Paling ikonik adalah SIUUUUUU dan juga keraian ‘lelap’ kejap dengan tangan di dada.

Terbaru pemain yang paling popular di dunia itu meraikan golnya dengan sujud. Keraian yang biasa digunakan oleh pemain pemain beragama Islam tanda sujud syukur.

Ronaldo sekali lagi menjadi wira kemenangan Al Nasser. Dia menjaringkan gol kemenangan dengan satu lencongan luar biasa.

Al Nassr menang 3-2 ke atas Al Shabab dalam aksi Liga Pro Saudi.

Ronaldo yang dikerumuni rakannya di tepi padang selepas menjaringkan gol luar biasa itu telah mengejutkan ramai apabila dia tiba tiba sujud.

Ramai yang benar benar terharu dengan tindakannya. Mereka juga berharap Ronaldo akan mengekalkan keraian itu menggantikan SIUUU.

Kerana bagi mereka, pemain yang berpengaruh seperti Ronaldo pun tiada masalah untuk menjalani budaya orang Islam.

Ianya boleh digunakan sebagai senjata memerangi Islamofobia di barat.

Malah ada yang mendoakan agar Ronaldo diberikan hidayah dan terbuka hatinya memeluk agama Islam.

Hal ini kerana pemain itu sentiasa dekat dengan peminat dari negara Islam terutama sekali Palestine. Dia seringkali membantu negara tersebut dari segi sumbangan wang dan keperluan lain.

Al Nassr kini hanya 3 mata dibezakan daripada pendahulu liga Al Ittihad dengan baki 2 perlawanan lagi.

Al Nassr sebelum ini sudah terlepas piala domestik Piala Raja Saudi. Dan mereka berharap akan menamatkan musim ini sebagai juara liga.

Ronaldo menyertai Al Nassr dengan kontrak luar biasa €200 juta semusim yang dibayar dengan sistem wang tunai ditambah bonus dan tajaan khas.

Ronaldo diraikan sebagai bintang besar di Arab Saudi ketika kehadirannya ke liga tersebut.

Dia menyatakan bahawa dia benar benar teruja bermain di Arab Saudi. Terutama sekali dia kagum dengan sistem pembangunan bola sepak di negara itu.

Ronaldo memberikan contoh, prestasi Arab Saudi dalam Piala Dunia 2022, di mana pasukan itu sempat menewaskan juara dunia, Argentina di peringkat kumpulan. Itu bukti bola sepak Arab Saudi adalah berada di landasan tepat.

Ronaldo juga mengingatkan orang di luar sana, bahawa Liga Arab Saudi tidak semudah yang disangkakan. Dia merasai sendiri cabaran bermain di liga tersebut yang cukup kompetitif.

Baru baru ini terdapat juga laporan menyatakan Ronaldo tidak gembira dengan sistem pengurusan di Al Nassr.

Dan kelab itu memutuskan untuk memecat Rudi Garcia. Ronaldo merasakan Al Nassr perlu melantik pengurus bertaraf dunia seperti Zinedine Zidane atau Jose Mourinho.

Ronaldo adalah pemain penting dalam projek bola sepak Al Nassr. Di mana dia menjadi teras kepada projek tersebut.

Di peringkat antarabangsa, Ronaldo meneruskan lagi kariernya bersama Portugal. Walaupun ramai merasakan dia mungkin akan bersara di peringkat antarabangsa selepas Piala Dunia 2022.

Ronaldo amat kecewa dengan kempen Piala Dunia 2022. Di mana ianya dilihat peluang terakhir untuknya memenangi Piala Dunia sebagai pemain utama. Kerana faktor usianya yang semakin lanjut.

Dia turut disisihkan daripada kesebelasan utama dalam beberapa perlawanan untuk memberikan peluang kepada pemain pemain lebih muda.

Namun pengurus baharu Portugal. Roberto Martinez memujuk agar pemain itu terus kekal.

Roberto Martinez benar benar yakin bahawa Ronaldo akan tampil dalam temasya Euro 2024 yang akan datang serta Piala Dunia 2026.

Ronaldo kini sudah berusia 38 tahun pada tahun ini.

Namun dia sudah lama membuktikan bahawa usia bukannya penghalang dia bermain di peringkat tertinggi.

BACA:  Carragher: 99% Peminat Teguh Sokong ETH, 1% Lagi Adalah Rio, Roy dan Evra