Gary Neville telah berkongsi teorinya bahawa ada tangan ghaib yang telah membuat keputusan disebalik pemilihan pemain Manchester United yang dibuat Michael Carrick untuk perlawanan menentang Chelsea.
Inilah bukan teori konspirasi namun sekadar teori yang merupakan pendapat dari legenda Manchester United yang percaya bahawa pilihan pemain kesebelasan utama bukanlah pilihan Michael Carrick.
Michael Carrick kini hanya berstatus pengendali sementara selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat telah memenangi perlawanan Champions League dan mengesahkan tempat Setan Merah ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan.
๐จ ๐ง๐๐๐ ๐ก๐๐ช๐ฆ ๐จ#MUFC | #CHEMUN
โ Manchester United (@ManUtd) November 28, 2021
Dah nama pun sementara, kedudukan Carrick tidak lama hanya menanti ketibaan Ralf Rangnick yang diangkat sebagai genius bola sepak dan bergelar bapa bola sepak Jerman.
Ralf Rangnick dilaporkan masih menunggu permit kerja dan Carrick masih lagi bertugas untuk perlawanan menentang Chelsea yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Kejutan agak besar terjadi sebelum perlawanan apabila senarai pemain kesebelasan utama dan bangku simpanan diumumkan secara rasmi apabila Cristiano Ronaldo digugurkan.
A lot of people having a go at Michael Carrick for dropping Ronaldo and picking that MDF. Iโve a feeling the the incoming manager has picked that team as itโs a huge departure from midweek and what theyโve been doing
โ Gary Neville (@GNev2) November 28, 2021
Gary Neville yang tidak bertugas distudio minggu ini menggunakan media sosialnya untuk mengemukan satu teori bahawa Ralf Rangnick lah tangan ghaib yang membuat keputusan dan bertugas secara ghaib.
โRamai orang telah mempersoalkan Michael Carrick kerana menggugurkan Ronaldo dan memilih MDF. Saya merasakan pengurus yang akan datang telah memilih pasukan itu kerana ia adalah perbezaan yang besar dari pertengahan minggu lalu dengan perkara yang mereka lakukan ini.โ
Dengan menggugurkan Ronaldo sama seperti yang dilakukan Ole Gunnar Solskjaer ketika menentang Everton, Michael Carric telah tiga pemain tengah.
I said I was full of confidence at Valencia in the last month as manager ! https://t.co/wZ5foqPwAh
โ Gary Neville (@GNev2) November 28, 2021
Scott McTominay, Fred dan Nemanja Matic yang merupakan pemain tengah bertahan bermula dari kesebelasan utama menyaksikan Setan Merah akan bermain bertahan gila-gila.
Menguatkan lagi teori Neville bahawa Rangnick yang merancang apabila dapat dilihat Manchester United menekan pertahanan Chelsea dengan barisan pemain penyerang mereka.
Having watched 1min iโm now convinced on influence on the team and style !
โ Gary Neville (@GNev2) November 28, 2021
Sesuatu yang jarang-jarang dapat dilihat ketika dibawah Ole yang disukai ramai.
โSeminit tengok perlawanan aku dah yakin apa yang mempengaruhi gaya dan permainan pasukan!โ
Gary Neville juga bersetuju dengan pandangan seorang pengguna Twitter bahawa pemain Manchester United telah disuruh untuk pressing dan agresif tetapi tidak diajar atau dilatih bagaimana untuk melakukannya dengan efektif.
Correct https://t.co/14mbjHiAvm
โ Gary Neville (@GNev2) November 28, 2021
Walaupun siapa yang membuat keputusan untuk pemilihan pemain dan mempengaruhi cara permainan, Manchester United boleh dikatakan telah mendapat keputusan positif.
Seri dengan pendahulu Premier League dan mencuri mata dari Chelsea menyebabkan Manchester City yang satu mata dibelakang dan Liverpool kurang dua mata dibelakang Chelsea tersenyum lebar.
Jamie Carragher pula mempunyai teori yang berlainan mengenai pemilihan pemain oleh Michael Carrick ini dan berpendapat ada mesej yang mahu Carrick tunjukkan kepada semua.
"I think he had to do that, to be honest" https://t.co/BnbuTx4bHt
โ Mirror Football (@MirrorFootball) November 28, 2021
Legenda Liverpool itu berpendapat bahawa Michael Carrick perlu melakukannya untuk membuktikan bahawa dia tidak sama seperti Ole Gunnar Solskjaer.
โSejujurnya aku rasa Carrick perlu melakukannya. Walaupun ko sebahagian dari staf kejurulatihan, setiap orang mempunyai pandangan yang berlainan tentang pasukan atau bagaimana pasukan perlu disediakan.โ
Situasi ini sama bagi Carragher ketika Carrick menggugurkan Bruno Fernandes dan menggunakan Donny Van De Beek ketika menentang Villarreal dan kembali menggunakan Anthony Martial.
โSebelum ini sngat menarik untuk dilihat dengan apa Carrick lakukan dengan Bruno Fernandes, membawa kembali Anthony Martial. Apa yang Carrick lakukan dengan Martial dan Ronaldo dengan bertukar posisi pada masa yang berbeza.โ
A lot of fans were baffled by Michael Carrick's decision to drop Cristiano Ronaldo today ๐ค
Jamie Carragher has explained exactly why he HAD to do it. It's a very understandable reasonโฆ ๐ https://t.co/Gii6kg9vmc
โ SPORTbible (@sportbible) November 28, 2021
โCarrick perlu membuktikan sesuatu dan terpaksa berbuat demikian keranan tidak mahu kelihatan seperti Ole.โ
Selepas dua perlawanan Carrick masih tidak tewas dengan satu kemenangan di Champions League dan satu keputusan seri. Keputasan sangat bagus buat pengendali sementara.
Jika Carragher dan Neville berada satu pentas tentu panas dan menarik perbincangan ini.
๐ฃ "No."
Michael Carrick insists that Ralf Rangnick had no input in to Manchester United's preparation for Chelsea pic.twitter.com/GHUz3ctq9X
โ Football Daily (@footballdaily) November 28, 2021
Namun itu semua hanya teori dari Gary Neville dan pendapat dari Jamie Carragher kerana selepas perlawanan Michael Carrick telah menafikan menerima sebarang input dari sesiapun.
Langsung tiada input dari Ralf Rangnick yang dicanang sungguh hebat itu.
Chelsea 1-1 Manchester United
Manchester United terus mencari calon pengurus interim mereka dan Ralf Rangnick yang mendapat jolokan The Godfather of German Football dan bapa gegenpressing sudah bersetuju untuk menyertai Setan Merah.
Nama Ralf Rangnick yang berbakti bersama Lokomotiv Moscow sebagai Pengarah Sukan dan Pembangunan kini menjadi sebutan dan kehebatan serta falsafah bola beliau menjadi igauan ramai.
Berita mengenai cara permainan yang bakal diterapkan Ralf Rangnick rancak dibicarakan dan pemain yang bakal dibeli juga antara topik hangat untuk dibualkan.
Ralf Rangnick hanya akan menjadi pengurus interim selama 6 bulan sehingga penghujung musim dan akan dilantik menjadi perunding kelab selama dua tahun selepas itu.
Ralf Rangnick has had a huge influence on modern football ๐ค pic.twitter.com/g3pp5STmkd
โ B/R Football (@brfootball) November 25, 2021
Itulah yang telah dilaporkan media dan setakat ini sebelum perlawanan menentang Chelsea belum ada sebarang kenyataan rasmi dari Man Utd mengesahkan Rangnick akan menjadi pengurus interim.
Kejutan telah dilakukan Michael Carrick sejam sebelum perlawanan apabila barisan kesebelasan utama yang dikeluarkan untuk menentang Chelsea sangat mengejutkan.
Cristiano Ronaldo diletakkan dibangku simpanan bersama Phil Jones yang lama menghilang, tujuh pemain mentaliti bertahan diturunkan dengan tiga penyerang sahaja.
Scott McTominay, Nemanja Matic dan Fred membentuk triple pivot? Hanya Bruno Fernandes, Jadon Sancho dan Marcus Rashford berada di depan.
๐จ ๐ง๐๐๐ ๐ก๐๐ช๐ฆ ๐จ#MUFC | #CHEMUN
โ Manchester United (@ManUtd) November 28, 2021
Perlawanan ini nyata menjadi milik Chelsea sepenuhnya dari awal permainan lagi lantaran Manchester United turun hanya untuk bermain bertahan gila-gila.
Hakim Ziyech terlebih dahulu mencuba dengan satu rembatan yang terbias sedikit kaki Victor Lindelof namun berjaya didakap kemas David De Gea.
Callum Hudson Odoi pula datang selepas Aaron Wan Bissaka terlepas bola dan Victor Lindelof mudah diperdaya dan sekali lagi De Gea menjadi penghalang.
Mujurlah Callum Hudson Odoi tidak menghantar bola kepada Timo Werner yang bebas tidak dikawal. Hantar pun tak gol kan?
Chances created in the first half at Stamford Bridge:
โ Callum Hudson-Odoi (4)
โ Every other player on the pitch combined (1)CHO looks lively. โก๏ธ pic.twitter.com/hnHfYtQDN6
โ Squawka Football (@Squawka) November 28, 2021
Kesian Eduoard Mendy apabila wajahnya sangat jarang muncul dalam siaran langsung ini dan hanya muncul ketika hantaran kebelakang dilakukan itu pun sangat jarang.
Chelsea berterusan menekan dan menekan dan Manchester United agak bacul untuk cuba menyerang, bawa bola ke final third dan hilang begitu saja.
Selepas 20 minit barulah bola percubaan Manchester United masuk dalam kotak Chlesea itupun dari percubaan jarak jauh mengarut Bruno Fernandes.
Peluang terbaik Chelsea hadir pada minit ke-30 melalui Antonio Rudiger dengan satu percubaan jauh yang terkena palang.
Here is the same for Chelseaโฆ pic.twitter.com/rSnDdRjqad
โ Squawka Football (@Squawka) November 28, 2021
Callum Hudson Odoi datang mencuba lagi, lemah sangat rembatannya, mudah untuk De Gea. Perlawanan yang agak hambar ini berakhir tanpa sebarang jaringan untuk tempoh 45 minit pertama.
First touch yang menakutkan dari Jorginho mengundang padah apabila clearance Bruno Fernandes dari kawasan sendiri gagal ditahan dengan kemas.
Jadon Sancho segera mengambil peluang merampas bola dan melakukan satu larian deras dengan Marcus Rashford datang menyokong disebelah kiri.
Jorginho pemain terakhir dibelakang dan menyebabkan Eduoard Mendy berdepan dengan situasi dua lawan satu, mudah buat Sanco meletakkan Setan Merah di depan.
โ Jadon Sancho under Ole Gunnar Solskjรฆr: 14 games, 0 goals
โ Jadon Sancho under Michael Carrick: 2 games, 2 goals
He's burst into life. ๐ฅ pic.twitter.com/rkMelrjzLl
โ Squawka Football (@Squawka) November 28, 2021
Pada minit ke-64, Jadon Sancho telah dikeluarkan dan Cristiano Siu Ronaldo dimasukkan. Tak pasti samada perlukan yang tepat atau tidak.
Anthony Taylor telah menghadiahkan penalti kepada Chelsea selepas Aaaron Wan Bissaka telah merembat dan menyapu kaki Thiago Silva ketika mahu melakukan clearance.
Video Assistant Referee (VAR) mengesahkan itu adalah penalti. Jorginho mengambil tanggungjawab membuat sepakan untuk menebus kesilapan silam.
Mudah buat buat Jorginho Jorginho meletakkan bola ke gawang dengan menghantar De Gea ke arah yang salah.
โ Maurizio Sarri
โ Frank Lampard
โ Thomas TuchelNone of Chelsea's last three managers have won a Premier League game against Man Utd. ๐คช
(@KitbagUK) pic.twitter.com/O4Yzrxeg1L
โ Squawka Football (@Squawka) November 28, 2021
Jesse Lingard dimasukkan menggantikan Marcus Rashford dan permainan berterusan bosan dengan Chelsea menguasai perlawanan.
Manchester United terus berkampung dikawasan sendiri dan Chelsea terus buta kayu.
Berbaki tiga minit permainan Donny Van De Beek dimasukkan menggantikan Bruno Fernandes. Kemudian McTominay mengalami kecederaan terkena rembatan di muka.
Timo Werner attempted more shots than any other player during his time on the pitch (5).
None of them hit the target. ๐ซ pic.twitter.com/pgeIDX3EHo
โ Squawka Football (@Squawka) November 28, 2021
Fred mempamerkan aksi luar biasa dengan satu percubaan yang sangat padu membuatkan rakan sepasukan tercengang termasuklah pemain Chelsea.
Permainan diteruskan dengan masa kecederaan 5 minit diberikan Antonio Rudiger memperoleh peluang terbaik namun percubaannya jauh dari palang.
Keputusan berakhirnya dengan keputusan seri menyaksikan Chelsea selaku pendahulu liga kehilangan mata berharga kepada pasukan yang sepatutnya menjadi lubuk mata
Timo Werner merupakan pemain paling banyak melakukan percubaan dengan lima rembatan namun tidak mampu diterjemah dengan jaringan. Kaki bangku.
Chelsea (3-4-2-1) Mendy; Chalobah, Thiago, Rudiger; James, Loftus-Cheek, Jorginho, Alonso; Ziyech, Hudson-Odoi; Werner.
Pemain Simpanan: Arrizabalaga, Christensen, Lukaku, Azpilicueta, Barkley, Mount, Saul, Pulisic, Havertz.
Man Utd (possible 4-3-3) de Gea; Wan-Bissaka, Bailly, Lindelof, Telles; McTominay, Matic, Fred; Sancho, Fernandes, Rashford.
Pemain Simpanan: Henderson, Jones, Dalot, Mata, Lingard, van de Beek, Ronaldo, Martial, Greenwood.
Pengadil perlawanan: Anthony Taylor.